Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda adalah sesuatu perbuatan yang biadap. Melibatkan agama adalah suatu kesalahan yang serius.

Perbuatan seperti ini jangan dibuat main-main kerana boleh menaikkan amarah setiap penganut. Tidak kiralah agama apa sekalipun, jangan pernah menghina agama orang lain. Perbuatan ini hanya membawa padah kepada diri sendiri.

Dpef0adh o

Warga emas iaitu Wai Foo Sing yang berumur 68 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di tas dua pertuduhan. Memuat naik karikatur dan memuat naik turutn status yang yang menghuna Nabi Muhammad Saw serta isteri Baginda Saidatina Aisyah di Facebook (FB).

Perbuatannya telah membawa padah apabila telah didakwa dan kini terpaksa ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar wang ikat jamin. Sebelum dia mengaku tidak bersalah dan diarahkan untuk membayar ikat jamin.

BACA JUGA :   Sultan Selangor Melarang Penggunaan Kalimah 'Allah' Di Dalam Bible.

8enh43ju o

Bagi tuduhan pertama, Wai didakwa memuat naik karikatur yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memberi komen dengan niat menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Telcsdw4 o

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan ia bukan kesalahan boleh dijamin. Beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan RM30 000 jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

BACA JUGA :   Wajarkah Hukuman Ponteng Solat Jumaat Dikenakan? - Lawyer Of Liberty

“Kesalahan dilakukan tertuduh serius. Jaminan ditawarkan tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat kerana membabitkan agama dan Nabi Muhammad.

“Sekiranya jumlah jaminan ditetapkan dalam kadar rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan. (Sumber: Metro)

Qvitujqc o

Wai yang tidak diwakili peguam pada mulanya memohon dikenakan jaminan rendah atas alasan tidak bekerja dan menghidap diabetes.  Dia mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa beg berisi baju dan botol air.

Edwin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20 000. Bagaimanapun, difahamkan, sehingga kaunter mahkamah ditutup, Wai gagal membayar wang ikat jamin menyebabkan terpaksa ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here