Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan kerajaan akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan Melayu dan orang Islam.
Beliau menegaskan hal ini kerana kerajaan PH ketika ini dituduh menjual hak orang Melayu, dan agama Islam kerana telah melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim daripada kalangan bukan Melayu.
Beliau menjelaskan tindakan PH ini tidak bercanggah dengan perlembagaan negara dan berkata bahawa kerajaan bersedia dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak yang mendakwa, apa yang dilakukan kerajaan itu bercanggah dengan perlembagaan negara, kerana kerajaan mengetahui hakikat adalah sebaliknya.
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dikatakan mempersoal beberapa pelantikan itu, ketika berkempen di Semenyih.
Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis sedang menyiasat Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan.
Soal bangsa bukan kriteria utama dalam memegang jawatan, tetapi mereka perlu beramanah dan bertanggungjawab seperti yang dikatakan oleh Muhyiddin.
Tambahnya, menteri kewangan sebelum ini terdiri daripada kalangan Melayu, namun ramai yang melihatnya seolah-olah telah menjatuhkan bangsa sendiri.