Politik pada masa kini masih berlakunya kekotoran dan keganasan. Sikap dan mentaliti rendah seperti ini masih wujud dalam kalangan penyokong parti.

Sikap seperti ini mencerminkan bahawa penyokong sesebuah parti akan bertindak agresif terhadap calon pihak lain. Masih wujud manusia yang bermain dengan cara kotor sehingga merosakan harta benda calon.

6lnb6wq8 o

Kereta Mercedes Benz E200 milik pembantu kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih disimbah cat minyak. Kejadian ini telah berlaku berhampiran di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Kampung Rinching.

Kenderaan milik Rahmad Musa yang juga merupakan pembantu kepada Zakaria Hanafi disimbah cat minyak pada bahagian cermin serta bonet hadapan. Perbuatan yang sungguh biadap dan memalukan.

BACA JUGA :   Tun Dr Mahathir Mohamad Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7

57utjess o

Lebih mengejutkan dia baru sahaja tiba di lokasi tidak sampai 15 minit bagi melihat tugas yang dijalankan jentera BN je. Kenderaanya diselaputi cecair yang melekat pada bahagian cermin depan dan bonet hadapan.

Cecair itu adalah cat minyak berwarna biru dan dipercayai disimbah oleh individu menaiki kereta yang tidak dikenal pasti modelnya. kereta itu diparkir pada bahu jalan di luar bilik gerakan berkenaan dan di belakangnya ada dua lagi kenderaan pacuan empat roda milik jentera BN.

Mo7vy2hj o

“Dalam dua pacuan empat roda itu, ada pemandu yang menunggu di dalamnya dan mereka memaklumkan melihat sebuah kereta sedan berwarna merah melalui jalan berkenaan membuat pusingan U.

BACA JUGA :   Harga Rumah Akan Jadi Murah Selepas Pelaksanaan SST?

“Kenderaan itu menyalakan lampu tinggi dan berlalu pergi sebaik melintasi kenderaan mereka.

“Jadi, kami mengesyaki individu dalam kenderaan yang tidak dikenal pasti modelnya itu yang menyimbah cat minyak berkenaan,” (Sumber: Metro)

923ve2tw o

Nasib baik bertindak dengan pantas dengan bantuan petugas di bilik gerakan terus mencuci cecair berkenaan. Ianya bagi mengelak cat itu merosakkan kenderaanya.

“Bagaimanapun, saya sudah pun mengambil gambar sertai video bagi membuktikan kereta saya disimbah cat minyak berwarna biru oleh individu tidak bertanggungjawab,” (Sumber: Metro)

Menurut Rahmad, pihaknya akan membuat laporan polis susulan kejadian berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here