Remaja terutama yang masih bersekolah akan mudah terdedah dnegan pelbagai aktiviti bagi mnegisi masa mereka yang ada. Ada yang melakukan aktiviti yang bagus dan boleh mendatangkan manfaat kepada diri mereka.

Ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang sihat dan boleh memberikan kemudaratan kepada mereka. Mungkin mereka terjebak selepas melihat kawan-kawan mereka melakukan aktiviti yang sama dan mereka seronok melakukannya.

Antara aktiviti terkini yang menjadi pilihan remaja terutama yang masih bersekolah adalah basikal lajak. Aktiviti berbasikal, apa yang salah dengannya? Ia adalah salah satu bentuk senaman yang boleh menyihatkan badan, kan?

Basikal lajak yang semakin diminati oleh remaja terutama bagi remaja yang masih bersekolah. (Sumber gambar: Shopee)

Tak juga. Basikal lajak ini sebenarnya basikal BMX yang telah diubah suai secara DIY dengan merendahkan lagi bar pemegang hadapan dan merapatkan lagi hendal basikal ke bawah. Dengar macam bahaya? Memang bahaya pun.

Basikal Tak Selamat Langsung!

Tak cukup dengan basikal yang diubah suai tu tak selamat. Cara basikal itu ditunggang pun cukup hahaya. Mereka akan mengayuh selaju mungkin sebelum meniarap di atas basikal masing-masing dan biarkan basikal ke depan tanpa dikayuh!

BACA JUGA :   3 SEBAB ANDA PERLU JADIKAN INDONESIA SEBAGAI PILIHAN
Penunggang basikl lajak akan menunggang basikal masing-masing di jalan raya yang sibuk. (Sumber gambar: FMT)

Untuk keseronokan yang sementara, mereka akan menunggaang basikal yang tak selamat itu ke jalan raya untuk ditunggang beramai-ramai. Ada yang menunggang basikal masing-masing ketika jalan sedang sibuk!

Kemalangan yang telah meragut nyawa 8 orang remaja lelaki yang menunggang basikal lajak di Johon pada Feruari 2017. (Sumber gambar: Astro Awani)

Kemalangan yang membabitkan penunggang basikal lajak pun dah ada terjadi. Pada Februri 2017, sebuah kemalangan telah berlaku membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang telah mengorbankan 8 orang remaja lelaki.

“Inisiatif Kemudahan Untuk Mereka”

Pengasas pusat latihan riadah remaja, The Basikal, Akmal Azfar Abd Mutalib berkata anak-anak muda yang menunggang basikal lajak ini sepatutnya diberikan peluang dan ruang yang betul.

Sama seperti kegiatan merempit, segala yang negatif boleh dibanteras dengan memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada anak remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti basikal lajak.

“Jadi tanggungjawab kita positifkan, sama juga dengan dulu isu ‘drag race’, lumba motosikal dan sebagainya. Jadi bayangkan apa yang kita boleh lakukan kepada remaja terlibat dalam basikal lajak.

“Dengan usia muda boleh ubahsuai basikal sehingga ke tahap itu dan lakukan tanpa ‘proper equipment’, bayangkan jika pendidikan sebenar berkaitan basikal diberi, apa lagi inovasi yang mereka boleh lakukan,”  (Sumber: FMT)

Basikal lajak ini boleh dijadikan sebagai satu permulaan bagi memperkenalkan sukan berbasikal kepada anak muda. Dengan pendedahan dan kemudahan yang betul, mereka ini boleh dilatih sebagai atlet berbasikal yang berkualiti.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Meningkat Kepada 2062 Kes

Kepada ibu bapa di luar sana, kalau ada anak-anak anda terlibat dnegan aktiviti basikal lajak, janganlah dimarahnya mereka. Berikan mereka sokongan. Dan nasihatkan mereka supaya jangan berbasikal tanpa peralatan yang betul.

Mana tahu, anak anda akan setanding dengan Anuar Manan atau pun Azizul Hasni Awang satu hari nanti.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here