Daftar Perkeso Jika Tidak Kompaun Dikenakan Kepada Pemandu Teksi.

0
615

Saman dan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang melanggar arahan. Jika masih berdegil setelah diberi masa tindakan tegas akan diambil.

Pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing akan dikenakan kompaun sehingga mencecah RM4 000. Sekiraya mereka semua gagal berdaftar di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

P3qcjdlq o

Datuk Mahfuz Omar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, skim itu diperkenalkan pada 1 Jun 2017 sehingga 29 Januari lepas. Namun, PERKESO hanya menerima 10 677 pendaftaran sahaja daripada golongan ini.

Sedangkan keseluruhan pemandu ketiga-tiga katergori ini dianggarkan 300 000 orang. Mereka akan dikenakan tindakan saman jika mereka tidak mahu berdaftar.

Hnerpbvn o

Tempoh yang diberi adalah selewat-lewatnya Jun ini untuk bnerdaftar. Jika tidak saman dan kompaun akan dikenakan. Ini dilakukan adalah demi memberi perlindungan kepada mereka dan bukan ingin mengambil kesempatan.

BACA JUGA :   Jom Daftar Sebagai Vendor Di Safer Food Sekarang.

Wbfnwh4x o

“Jangan salah faham, kompaun ini sebab kita mahu beri perlindungan kepada mereka dan bukan sebab kita mahukan duit mereka kerana jumlah caruman yang dibayar nilainya kecil sahaja. Ini untuk kebaikan mereka sendiri.

“Perkeso juga memberi kelonggaran kepada pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk membayar caruman mereka secara tahunan sebanyak RM157.20 atau bulanan sebanyak RM13.10 yang boleh memberi manfaat kepada mereka dan juga keluarga,” (Sumber: Astro Awani)

9mibynoh o

Menurutnya juga, skim ini hanya dikhususkan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing serta turut diperluas kepada pemandu bas yang bekerja sendiri mulai 1 Februari lepas. Skim ini memberi perlindungan sosial kepada mereka.

Kira-kira 40 000 pemandu bas yang dilihat berdepan risiko kemalangan. Dengan ini mereka akan menerima manfaat perlindungan keselamatan sosial sekiranya mendaftar dan mencarum di bawah skim ini.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Aktif Dan Pasif Melalui Safer Delivery Partner & Driver.

Shqtikod o

Ketua Eksekutif Perkeso iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Azman Aziz Mohammed akan berjumpa dengan semua pemandu itu. Ianya bagi memberi pendedahan mengenai pentingnya mencarum dengan Perkeso.

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan. Turut menyediakan faedah tunai di samping rawatan peerubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokalsional.

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here