Sekurang-kurangnya 25 orang telah terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam satu letupan di stesen kereta api utama Mesir, selepas keretapi yang laju tanpa pemandu merempuh penghadang, menyebabkan tangki bahan api terbakar.

Insiden tersebut berlaku disebabkan oleh perbalahan dua konduktor kereta api sebelum sebuah lokomotif tanpa pemandu itu memecut dan menghentam sebuah penghadang sebelum meletup.

Api marak ke arah orang ramai yang berada di platform Stesen Ramses yang sibuk di pusat bandar Kaherah.

Detik pelanggaran tersebut dirakam oleh video CCTV, di mana ketika kereta api tersebut melepasi orang awam yang sedang berjalan dan menelan mereka dalam api dan asap hitam tebal.

Mayat-mayat yang rentung dilihat terbaring di landasan kereta api dan seorang lelaki yang sedang terbakar berlari menuruni anak tangga dalam keadaan panik.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Persediaan Ke Universiti Al-Azhar

Menurut pendakwaraya Mesir, Jeneral Nabil Sadek berkata, pasukan penyiasat yakin bahawa konduktor lokomotif tersebut meninggalkan tren itu untuk bergaduh dengan seorang lagi konduktor yang menghadang kereta api yang dipandunya.

Konduktor terbabit pergi tanpa meletakkan brek dan sebuh lagi tren mula bergerak ke belakang, membuatkan ia berada dalam keadaan bebas bergerak.

Tindakan tersebut menyebabkan tren tersebut memecut dan menghentam penghadang konkrit serta logam sebelum meletup.

Ujian DNA telah dijalankan bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terkorban dan pemandu tren berkenaan ditahan untuk siasatan.

Menteri Pengangkutan Mesir, Hisham Arafat telah meletak jawatan serta-merta selepas kejadian itu.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here