Syed Saddiq terus mencetus kontroversi panas. Selepas isu diserang atlet sukan, isu abangnya bersama Emma Maembong dan kini bersama usahawan muda.
Sejak menjadi YB kehidupan Syed Saddiq terus menjadi perhatian ramai. Ada sahaja isu yang akan melibatkan namanya. Seolah-olah beliau sentiasa dihambat kontroversi dan terus dihentam oleh masyarakat tanpa usul periksa.
Pemilik jenama Hausboom iaitu Azri Zahier Azmi telah membidas Syed bahawa beliau seorang yang penipu dan mungkir janji. Malahan pengasas produk tersebut juga mengharamkan minuman yang diminum oleh Syed.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tenang menjawab segala tuduhan yang dilemparkan. Beliau ternyata hanya kecewa dengan tindakan melulu pengusaha itu. Beliau telah didakwa menipu seorang usahawan untuk promosi produknya itu.
Ahli Parlimen Muar menepis segala dakwaanya itu tidak berasas kerana beliau tidak menipu. Niatnya hanya untuk membantu produk usahawan tempatan. Niat beliau untuk memasarkan produk itu ke ekdai serbaneka 7-Eleven namun dibalas dengan cacian.
Malahan beliau juga telah berusaha untuk membawa produk-produk tempatan ke perhatian usahawan terkenal iaitu Tan Sri Vincent Tan. Termasuk produk pemilik usahawan muda yang mendakwa ditipu oleh pasukankementeriannya.
“Saya lakukan semua bagi membantu dia. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7-Eleven dan ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke rangkaian mereka, termasuk Hausboom.
“Pagi tadi, saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan profil perniagaan dan produknya yang saya usaha untuk masuk rangkaian 7-Eleven dan yang lain, mencaci saya kerana tidak membantu dia,” jelas Syed Saddiq di media sosialnya.
Dia juga tidak mahu memanjangkan isu ini kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Syed Saddiq mengarahkan arahan untuk membayar semula kos penajaan yang dikeluarkan usahawan berkenaan.
Azri Zahier Azmi seorang pemilik jenama Hausboom telah memuat naik status di akaun facebooknya sebelum ini mendakwa dirinya ditipu. Pihak KBS telah menjanjikan promosi produk termasuk di Instagram Syed Saddiq namun tidak ditunaikan.