Sekolah di Perak Menggunakan Sistem Touch & Toilet.

0
1104

Touch & Toilet mungkin agar janggal bagi anda. Selalunya Touch & Go yang sering kali anda dengar. Ini kali pertama digunakan di sekolah.

Kalau di Johor menggunakan sistem biometrik untuk mengambil kehadiran pelajar. Kali ini di Perak pula menggunakan sistem Touch & Toilet untuk digunakan di tandas sekolah. Bagi sesiapa sahaja yang ingin ke tandas kehadirannya akan dipantau.

Yqlzlm11 o

Ada bagusnya juga sistem ini diguna pakai kerana mampu mendisiplinkan pelajar. Malahan kes buli boleh dipantau. Maklumlah kes buli kebanyakan berlaku di tandas. Tempat tersembunyi dan paling sesuai. Gejala merokok juga dapat diselesaikan.

Peradaban manusia yang kini tidak boleh dipisahkan dari teknologi dan perkembangannya. Kini selari dengan negara maju beberapa perkara unik mula ditemui dan dibangunkan. Suatu pencapaian yang amat membanggakan.

BACA JUGA :   Lelaki Rohingya 'Kantoi' Cuba Culik Kanak-Kanak Perempuan

W694elzb o

Sekolah di Johor menggunakan sistem biometrik manakala sekolah di Perak tidak kurang hebatnya dengan menggunakan sistem touch & Toilet. Perkembangan teknologi yang semakin canggih telah mula diwujudkan di persekitaran termasuk di sekolah.

Kini sebuah sekolah di Perak menjadi tular apabila menggunakan teknologi pada tandas mereka. Pelajar dari SK Tanah Hitam telah diwajibkan untuk scan kad  pengenalan diri mereka. Memang gembak habislah.

Wg3empph o

Pelajar itu semua perlu scan identiti diri mereka sebelum masuk dan juga selepas keluar dari tandas. Dengan ini dapat mendidik pelajar lebih berdisipliin dan memasuki tandas dengan bersebab. Memudahkan untuk guru memantau kegiatan mereka di dalam tandas.

Sistem Touch & Toilet ini menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID). Sistem yang dikenali sebagai ‘Touch & Toilet’ telah diperkenalkan pada tahun lalu. Kebaikan sistem ini membolehkan  guru mengetahui berapa kali pelajar mereka ke tandas.

BACA JUGA :   6 Lokasi Menarik di Ipoh Yang Menjadi Tumpuan Media Antarabangsa

Ewug9u5a o

Tandas mereka juga dilengkapi dengan kamera CCTV di setiap penjuru sinki. Menurut guru besar SK Tanah Hitam pemasangan CCTV adalah bersebab untuk mengawal gejala yang tidak baik berlaku di tandas.

Pemasangan CCTV adalah untuk mengatasi gelaja buli dalam kalangan pelajar. Terutamanya dikawasan yang tersorok. Memang bagus dan tepat serta syabas kepada guru-guru di Sk Tanah Hitam.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here