Baru-baru ini telah tular di talian tentang satu cubaan untuk mengubah kandungan buku teks bagi subjek Sejarah yang diajarkan di sekolah peringkah menengah dan juga rendah. Cubaan ini didakwa dilakukan oleh pasukan ‘de facto’ daripada pihak parti DAP.
Dakwaan yang tidak berasas tersebut telah pun dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan sendiri, YB Teo Nie Ching pada 23 Disember 2018 yang lepas. Dan ia telah tular kembali pada minggu lepas di beberapa media sosial.
“Kurikulum kebangsaan termasuk subjek Sejarah akan terus kekal melainkan jika ada cadangan atau saranan baharu daripada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan Jawatankuasa Kajian Semula Dasar Pendidikan Negara (JKD),”
Hanya Kajian untuk Menambah Baik Kandungan Buku Teks Subjek
Cubaan untuk ‘mengubah’ subjek Sejarah ini sebenarnya merupakan proses semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semakan semua ini telah bermula daripada tahun 2017 lagi ketika pemerintahan Barisan Nasional.
Semakan ini dibuat bagi memastikan kandungan buku teks yang diajarkan kepada semua pelajar sekolah di Malaysia adalah yang terbaik. Dan ia bukan hanya meibatkan subjek Sejarah tetapi juga bagi kesemua subjek yang diajar di sekolah seluruh Malaysia.
Panel Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks lantikan sesi kedua dibentuk pada 2017 dan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 selesai disemak, diteliti dan disahkan bermula 2017, manakala bagi buku teks KSSR (Semakan 2017) Sejarah Tahun 4 dan KSSM Sejarah Tingkatan 4 masih dalam proses penerbitan.
Semakan kembali kandungan pelajaran dalam setiap subjek yan diajar oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks serta anggota panelnya dalam tambah baik tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu.
Sebarang tuduhan yang tidak berasas mengenai penglibatan pihak tertentu daripada parti politik tertentu dalam mengubahkandungan buku teks bagi subjek yang diajar di sekolah seluruh Malaysia adalah tidak sepatutnya disebarkan dan ditularkan.