Tun Mahathir Mohamad menyifatkan teater OlaBola The Musical sebagai pementasan terbaik yang pernah dipentaskan di negara ini.

Naskah dan teater arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu disifatkan Dr Mahathir sebagai lebih baik daripada muzikal Miss Saigon, yang dikenali ramai sebagai antara pementasan teater paling berjaya di Broadway.

Tun Mahathir memuji prop dan skrin yang berada di kiri dan kanan pentas yang sangat membantu memberi kesan yang sangat realistic. Beliau juga menyukai babak penggunaan helikopter.

“Saya pernah menyaksikan pementasan Miss Saigon, tetapi ini lebih baik,” katanya yang meluangkan masa menonton OlaBola The Musical di Istana Budaya, pada Rabu.

Ketibaan Tun Mahathir yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada jam 8.30 malam, disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh penonton yang memenuhi ruang Panggung Sari.

BACA JUGA :   Tukar Kerajaan Bukanlah Solusi Kepada Krisis Ekonomi Di Malaysia - Salleh Said Keruak

Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut meluangkan masa bermesra dengan para pelakon serta menyertai sesi bergambar selepas pementasan tamat.

Menurut Puan Sri Tiara Jacquelina, niatnya untuk mengadakan pementasan semula tercetus sewaktu perjumpaannya dengan Tun Mahathir serta Tun Dr Sri Hasmah sewaktu sesi dialog dan minum petang bersama penggiat seni.

Tun Siti Hasmah memberitahunya, beliau tidak sempat menonton ketika ia dipentaskan sebelum ini.

Dari situ dia dan Datuk Juhari, Ketua Pengarah Istana Budaya berpendapat untuk mementaskan OlaBola musim kedua.

Harapan Puan Sri Tiara Jacquelina tercapai kerana pada pementasan ini, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah dapat hadir bersama menyaksikan pementasan tersebut.

BACA JUGA :   Wawasan 2020 ke 2025: Perjalanan Berliku Sebuah Negara Bernama Malaysia

OlaBola The Musical musim kedua ini akan dipentaskan sehingga Ahad ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here