Tun Mahathir Perdana Menteri Menteri Pelajaran

Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bahawa dirinya hanya akan menjadi Perdana Menteri untuk tempoh satu atau dua tahun sahaja. Selepas itu, beliau akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan tersebut kepada individu lain yang dirasakan lebih layak.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tun Mahathir dalam satu sidang teleconference bersama Majlis CEO Wall Street Journal hari ini (15 Mei 2018) pada tengahari tadi.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir menegaskan dirinya akan tetap memainkan peranan dalam pentadbiran negara meskipun sudah meletakkan jawatan nanti. Cumanya, beliau akan lebih terlibat di balik tabir dan secara tidak langsung sahaja.

Perkara  itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Tun Mahathir sudahpun berusia 92 tahun. Memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh 5 tahun bukanlah sesuatu tugas yang mudah, ditambah dengan tekanan yang diberikan oleh semua pihak serta faktor kesihatan tubuh badan yang sedikit sebanyak mengganggunya.

BACA JUGA :   Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ?
Perdana Menteri
Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri di usia 92 tahun.

Susulan kenyataan dari Tun Mahathir itu, ramai pihak beranggapan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang akan dipilih untuk menggantikan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri yang seterusnya.

Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara esok setelah mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hukuman penjara ke atas Anwar sepatutnya berakhir pada 8 Jun ini, namun tanpa pengampunan diraja, beliau akan disekat dari sebarang kegiatan politik untuk 5 tahun.

Menurut undang-undang negara ini, sebelum boleh menjadi Perdana Menteri, Anwar haruslah terlebih dahulu bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Ahli Parlimen.

Ada juga segelintir pendapat yang mengatakan bahawa tindakan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar adalah sebagai satu langkah untuk menebus kembali kesalahannya yang telah memenjarakan Anwar pada tahun 1998 dahulu.

BACA JUGA :   Anwar Ibrahim Sah Akan Dibebaskan Pada Selasa Ini
Perdana Menteri
Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1998.

Apa-apapun, diharapkan agar pengganti kepada Tun Mahathir nanti akan dapat melakukan yang terbaik demi kegemilangan rakyat dan masa depan negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here