Anwar Ibrahim

Susulan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan di dalam PRU14 yang lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menarik nafas lega apabila Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim bakal dibebaskan dari penjara dan diberikan jawatan penting sebaik sahaja beliau kembali aktif dalam arena politik tanah air.

Dilaporkan, Anwar akan diberikan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang akan menggantikan Tun Mahathir yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pada baru-baru ini.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri
Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 baru-baru ini

Walaubagaimanapun, tempoh masa untuk Tun Mahathir melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim itu masih belum diketahui memandangkan beliau sedang sibuk menstrukturkan semula pentadbiran Malaysia.

Menurut undang-undang negara ini, sebelum boleh menjadi Perdana Menteri, Anwar haruslah terlebih dahulu bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Ahli Parlimen.

Perkara itu sendiri disahkan oleh isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi Wan Azizah, kerajaan sekarang memerlukan masa bagi ‘memulihkan’ kembali negara setelah pertama kalinya mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional dalam tempoh 60 tahun.

BACA JUGA :   Rafizi Ramli Dihukum Penjara 30 Bulan Kerana Bocorkan Maklumat Akaun NFC
Anwar Ibrahim Perdana Menteri
Isteri Datuk Seri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail

Tambahan pula, Anwar juga memerlukan rehat setelah menjalani pembedahan gara-gara terlibat dalam kemalangan ketika menjadi tahanan penjara.

Anwar Ibrahim, 70 tahun, dijangka akan dibebaskan pada Rabu ini (16 Mei 2018) setelah mendapat pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Bekas orang kanan Tun Mahathir itu dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan liwat kali kedua pada 2015, namun ramai pihak menganggap semua itu adalah satu konspirasi bagi menjatuhkan Anwar dalam karier politik.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri
Pakatan Harapan menang PRU ke-14

Ini bukanlah kali pertama Anwar disumbat ke dalam penjara melalui konspirasi politik. Sebelum ini, beliau juga pernah dipenjara pada tahun 1998 di atas tuduhan liwat dan korupsi semasa zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4.

BACA JUGA :   Tun M Dedah Sebab Kenapa Beliau Ambil Alih Portfolio Menteri Pelajaran

Walaupun begitu, Anwar juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah memaafkan Tun Mahathir sepenuh hati dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadapnya.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri
Foto mata Anwar yang lebam akibat dipukul ketika menjadi tahanan penjara.

Setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir mengesahkan bahawa Anwar akan diberikan pengampunan yang membolehkannya dibebaskan dari penjara. Hukuman penjara ke atas Anwar akan berakhir pada 8 Jun ini, namun tanpa pengampunan diraja, beliau akan disekat dari sebarang kegiatan politik untuk 5 tahun.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here