Uncle Kentang siapa je yang tak kenalkan. Lebih mengejutkan apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih.

Mula dikenali kerana sering membantu masyarakat yang di dalam kesusahan. Uncle Kentang menjadi perhatian ramai kerana sifat mulianya yang membantu orang ramai tidak mengira bangsa. Bantuannya bukan sahaja dari segi moral malah bantuan wang ringgit juga diberi.

Ewos9olj o

Keputusannya untuk memasuki pertandingan di PRK Semenyih adalah untuk memelihara anak-anak Semenyih. Kemenangan bukan tujuan utama dia kerana tujuan utama dia adalah untuk membawa kemajuan di Semenyih.

Kuan Chee Heng yang dikenali sebagai Uncle Kentang juga merupakan Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia. Beliau telah mengumunkan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih Mac ini.

BACA JUGA :   Pas Tidak Takut. Sedia Bekerjasama Dengan SPRM.

Xxzeqwxd o

Beliau juga telah berjanji akan melaksanakan beberapa inisiatif sama seperti yang dilaksanakannya di kawasan Puchong. Janji itu akan dilaksanakan sekiranya dia dipilih oleh pengundi Semenyih kelak.

Semenyih yang tidak mempunyai perkhidmatan asas seperti teksi 10 sen, van jenazah dan ambulan serta perkhidmatan bas ke hospital. Kasihan kan masyarakat Semenyih. Kawasan ini yang terletak jauh dari Hospital Kajang menjadi punca segalanya.

75h3egfl o

Menurut Uncle Kentang dia bertanding bukan kerana reputasi yang baik dengan orang susah. Malah untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN agar mereka sedar tanggungjawab mereka kepada rakyat Semenyih.

Saya memperjuangkan kemenangan untuk rakyat Semenyih dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu mereka.ā€¯katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumahnya iaitu di Puchong. (Sumber: Astro Awani)

BACA JUGA :   PROJEK MRT 2 TIDAK DIBATALKAN OLEH KERAJAAN PH

Ubi087e7 o

Sudah pasti dia dapat memberi saingan sengit kepada dua calon lain iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dengan reputasi baiknya. Uncle Kentang juga akan menggunakan lambang telefon sebagai bendera calon bebas.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Febuari ini. Tarikh pengundian awal pada 26 Februari. Pasti akan mengejutkan ramai pihak sekiranya Uncle kentang berjaya menumbangkan calon PKR dan BN.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here