Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan kuih-muih tradisi yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti sagu gula Melaka, pengat, kuih lopes dan juga pencuci mulut seperti air batu campur dan ais kepal. Kebiasaan ini menjadikan kita alpa atau memandang remeh tentang kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan?

#1 Melakukan senaman

Image result for senaman

Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.

Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul.  Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.

#2 Kawal pengambilan karbohidrat 

petua turunkan gula dalam darah, pesakit diabetes, diabetes, kencing manis, cara mencegah diabetes, cara mencegah kencing manis, petua mencegah diabetes, petua mencegah kencing manis, pesakit kencing manis, penghidap diabetes, penghidap kencing manis, rawatan diabetes, rawatan kencing manis, cara-cara mencegah diabetes, petua elak diabetes, diabetes semasa hamil

Kredit: Women Health

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.

Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.

Sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.

#3 Meningkatkan pengambilan serat 

Image result for pengambilan serat

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia meningkatkan kenaikan paras gula dalam darah.

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. 

Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

 #4 Minum banyak air dan kekal hidrasi 

Image result for Minum banyak air

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.

Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.

#5 Kawal pengambilan makanan  

petua turunkan gula dalam darah, pesakit diabetes, diabetes, kencing manis, cara mencegah diabetes, cara mencegah kencing manis, petua mencegah diabetes, petua mencegah kencing manis, pesakit kencing manis, penghidap diabetes, penghidap kencing manis, rawatan diabetes, rawatan kencing manis, cara-cara mencegah diabetes, petua elak diabetes, diabetes semasa hamil

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.

 #6 Pilih makanan yang kurang Glycemic Index 

Image result for makanan yang kurang Glycemic Index

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.

Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.

Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

#7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi 

Image result for stress

Tekanan boleh menjejaskan paras gula.

Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stres dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.

Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.

Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam. 

 #8. Pantau tahap gula dalam darah 

petua turunkan gula dalam darah, pesakit diabetes, diabetes, kencing manis, cara mencegah diabetes, cara mencegah kencing manis, petua mencegah diabetes, petua mencegah kencing manis, pesakit kencing manis, penghidap diabetes, penghidap kencing manis, rawatan diabetes, rawatan kencing manis, cara-cara mencegah diabetes, petua elak diabetes, diabetes semasa hamil

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.

#9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium 

Image result for makanan yang kaya magnesium

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium.

Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.

Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes.

Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.

 #10. Turunkan berat badan 

Image result for . Turunkan berat badan

Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan.

Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here