Belajar di universiti bukan sahaja anda boleh mendapat ilmu akademik, tapi anda juga boleh mendapat pelbagai pengalaman yang anda takkan dapat di tempat lain! Bukan setakat tak perlu nak kena pakai baju sekolah, tapi pengalaman yang sangat berbeza.

Dalam artikel ni, kami akan kongsikan kepada anda antara pengalaman yang bakal anda lalui buat semua adik-adik yang telah tamat SPM dan ingin menyambung pelajaran ke universiti.

#1. Berjauhan Daripada Keluarga

Kalau anda ingin berdikari, pilihlah universiti yang sedikit jauh daripada rumah anda. Ya, anda akan berjauhan dengan keluarga. Ada universiti yang terletak jauh daripada bandar besar.

Apabila memilih universiti yang jauh daripada rumah anda, anda akan lebih berdikari untuk meneruskan kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Anda akan lebih banyak bergaul dengan ramai orang.

#2. Bergaul Dengan lebih Ramai Orang

Kalau anda merupkn seorang yang tak mudah nak mesra dengan orang ramai, anda boleh ubah sikap tu bila anda dah masuk universiti ni. Nak atau tak nak, anda kena bergaul dengan orang lain sepanjang anda belajar.

BACA JUGA :   JELAJAH NEGARA RUSIA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Paling kurang pun dengan kawan sekelas anda untuk tujuan tugasan dan perbincangan subjek. Sikap introvert anda tu takkan membantu anda untuk kekal hidup di kampus universiti yang penuh dengan cabaran seharian tu.

Bergaul dan membuat kawan baharu juga boleh tambahkan kenangan yang akan anda kenang selepas tamat belajar nanti. Mana tahu, daripada kwan menjadi rakan bisnes, jiran sebelah rumah atau pun isteri (oppss!).

#3. Melancong… Eh, Lawatan Mobiliti Ke Luar Negara

Kat universiti nanti, aka nada pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai untuk tambahkan soft skill dan pengalaman yang boleh anda gunakan untuk dunia pekerjaan nanti. Antara program yang paling best adalah lawatan mobiliti ke luar negara.

Ya! Akan ada kelab di universiti akan menganjurkan lawatan mobiliti ke luar negara untuk memberikan pendedahan kepada pelajar yang terlibat. Budaya dan gaya hidup masyarakat di sesebuah negara juga anda akan ketahui kalau anda sertai program mobiliti ni.

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Ke Universiti Di Mesir Sesi 2021 Telah Dibuka

Kenapa nak pergi melawat negara luar melalui program luar sedangkan anda boleh pergi ke nagara tersebut dan belajar di universiti di negara yang anda nak!

Daulah Educonsult, Platform Terbaik Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara

Anda ada menyimpan hasrat nak belajar ke luar negara tapi anda tak tahu caranya nak mencapai impian anda tu?

JANGAN RISAU!

Daulah Educonsult merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman menjadi pemudah cara bagi membawa pelajar yang berimpian untuk belajar di luar negara.

Negara-negara yang boleh anda pilih untuk menyambung pengajian:

  • Indonesia
  • Bangladesh
  • Rusia
  • Poland
  • Mesir
  • Jordan

Daulah Educonsult juga akan memberikan khidmat nasihat berkenaan pendidikan dan pengajian di luar negara secara PERCUMA! Hanya nasihat pendidikan yang terbaik untuk mereka yang berimpian besar belajar ke luar negara.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here