“Goodnight Malaysian three seven zero”. Itulah rakaman suara terakhir dari pesawat Malaysia Airlines MH370 pada jam 0119 (GMT+8) pada Mac, 2014, lima tahun lalu.

Sudah genap lima tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa kesan di selatan Lautan Hindi dan misteri kehilangan pesawat tersebut masih belum dapat dirungkai.

Pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang dari skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, yang membawa penumpang seramai 239 orang masih membelenggu orang ramai.

Mei tahun lalu merupakan operasi terakhir pencarian pesawat tersebut apabila syarikat eksplorasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang tersebut selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh pencarian.

BACA JUGA :   Selebriti, Instafamous Hilang Followers di Instagram

Hanya bahagian-bahagian serpihan sayap yang sepadan dengan nombor siri dan pengenalan yang dibuat secara unik untuk Malaysia Airlines ditemui.

Serpihan sayap kanan ditemui di Saint Denis di Reunion Island pada Julai 2015, dan dua serpihan lagi ditemui di Mauritius pada Mei 2016 dan di sebuah pulau di Tanzania pada Jun 2016.

Orang awam juga turut menemui beberapa serpihan pesawat di kepulauan dan pantai Afrika di Lautan Hindi yang sebahagiannya disahkan sebagai ‘hampir pasti’ milik pesawat malang itu.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 telah merumuskan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, tetapi tidak menolak kemungkinan ada ‘campur tangan yang menyalahi undang-undang’ oleh pihak ketiga telah menjadi punca kejadian itu.

BACA JUGA :   Macam mana nak elak dari dipanah petir

Ribuan orang meninggalkan pesan dan harapan terhadap penumpang dan anak kapal MH370 dan masih berharap pesawat ini akan ditemui walaupun sudah lima tahun berlalu. Harapan yang dititipkan masih menebal.

Mesej radio terakhir dari kokpit MH370, “Good night, Malaysian Three Seven Zero” akan terus bermain di fikiran kita dengan kehilangan MH370 ini akan terus menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here