Barisan Nasional dikatakan parti itu sudah mati pada mata rakyat. Seolah-olah perjuangan parti BN tidak akan ada hasil dan akan tewas di PRK Semenyih

Perang psikologi antara Parti Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional makin sampai kemuncak. Sudah pasti Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih akan menentukan segalanya. Siapa pilihan rakyat yang sebenar di Semenyih akan membuktikan siapa yang akan tanggung malu.

14rcytz1 o

“BN (Barisan Nasional) dah tak ada, dah ‘Innalillahi wainna ilaihi raajiun,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. (Sumber: Metro)

Perdana Menteri berkata, memilih calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah perbuatan sia-sia kerana parti itu sudah tiada. Sebaliknya, kata beliau, yang ada hanyalah UMNO itupun sekadar pada nama sahaja.

BACA JUGA :   PRU 14 akan diadakan semula? Tukar atau Kekal .

“Sudah habis, yang ada UMNO, pada nama saja, UMNO pun dah hancur, banyak ahli minta nak masuk Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), yang tinggal itu nak jalan pun tak larat dah,” (Sumber: Metro)

J7cg29pt o

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Ceramah Perdana PH sempena PRK DUN Semenyih di Taman Pelangi, Hulu Langat, malam tadi. Hadir sama, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan komponen PH.

Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta mereka yang terpengaruh dan setia dengan kempen #Bossku supaya berfikir semula kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disanjung itu membawa masalah kepada negara.

BACA JUGA :   Pelantikan MB Pahang Ditangguh, Istana Mohon Masa Untuk Kenali Calon

B3izkzmy o

“Tahu apa makna perkataan boss ini? Ia datang dari Amerika Syarikat (AS). Orang kulit hitam panggil pemilik mereka sebagai boss, jadi bila panggil bossku, tu maknanya kita jadi milik boss. Kita sudah merdeka, adakah kita mahu jadi hamba lagi?

“Betul tidak tahu malu, tengok kelakuan dia, tak malu langsung. Saya mungkin salah kadang-kadang, tapi saya tidak salah bila tolak Najib,” (Sumber: Metro)

Xgfyw9ku o

Dalam pada itu, Dr Mahathir yakin dengan pemilihan Muhammad Aiman Zainali yang juga calon PH sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan melaksanakan tanggungjawab dan janjinya.

“Kalau dia tak buat, kita tibai dia, itu janji saya,” (Sumber: Metro)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here