Masih ingatkah anda ketika di sekolah dahulu, jika ada guru yang bertanya apakah impian anda dan rakan-rakan setelah dewasa kelak, pasti kebanyakannya menyatakan tentang hasrat untuk belajar di luar negara.

Persepsi yang menjelaskan tentang keburukan melanjutkan pengajian ke luar negara tidak seharusnya dipercayai bulat-bulat kerana anda juga akan memiliki banyak kelebihan apabila melanjutkan pelajaran ke sana.

Di kesempatan ini, jom sama-sama lihat kelebihan dan faedah yang akan anda perolehi sekiranya melanjutkan pengajian ke luar negara.

#1. Berpeluang merasai sistem pendidikan yang berbeza

luar negara

Cara belajar yang baru, susunan masa yang efektif serta cara berkomunikasi yang baik antara guru dan pelajar dapat dipelajari apabila anda melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Banyak negara luar seperti Jepun, Singapura, Qatar, Rusia dan beberapa buah negara lain tergolong dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia.

Keseronokan mempelajari budaya dan sistem pendidikan yang berbeza akan membantu meluaskan pengetahuan serta menambahkan pengalaman dalam diri anda.

#2. Semangat belajar yang tinggi 

luar negara
Sumber: http://www.pendidikankarakter.com

Salah satu matlamat apabila ibu bapa menghantar kita melanjutkan pengajian di luar negara adalah untuk memastikan bahawa anak mereka berjaya dan mendapat pendidikan yang terbaik.

Ada ibu bapa yang sanggup bekerja lebih masa, membuat pinjaman kewangan, menjual ladang serta aset yang mereka miliki semata-mata untuk menghantar anak ke luar negara.

BACA JUGA :   Filem Mahathir, The Journey Memalukan - Marina Mahathir

Oleh itu, dengan kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk merealisasikan impian anda, anda akan lebih mengenang jasa mereka dan bersemangat untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang sepanjang pengajian anda.

#3. Melatih diri bersifat lebih terbuka 

Sumber: www.flickr.com

Apabila tinggal di negara asing, anda akan berusaha untuk bersifat lebih terbuka dan cuba menyesuaikan diri dalam kehidupan negara tersebut.

Tonjolkanlah sifat yang terpuji dan sentiasa bertolak ansur dengan masyarakat di sana untuk membina hubungan yang baik antara kalian seterusnya membantu anda mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar di negara orang.

#4. Mempelajari budaya baharu 

luar negara

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara mempunyai budaya dan gaya hidup yang berbeza. Apabila berada di negara orang, anda berpeluang mempelajari budaya dan latar belakang masyarakat di negara tersebut.

Sebagai contoh, masyarakat Korea yang megamalkan budaya membaca di dalam kenderaan awam, khususnya tren amat wajar dicontohi oleh masyarakat masa kini. Mereka tidak gemar membuang masa lapang mereka dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Budaya baharu dari luar dapat kita contohi seterusnya mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Namun, pada masa yang sama, berpegang teguhlah kepada agama dan jati diri negara kelahiran anda, bak kata pepatah ‘yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan’.

#5. Faedah besar pada masa hadapan apabila mempunyai kenalan baharu

luar negara

Apabila anda mempunyai ramai kenalan baharu ketika di luar negara, ia menjadi satu bonus untuk anda pada masa hadapan.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Madrasah Daulah : Terhad 10 Orang Sahaja

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai saudara dari negara asal yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda boleh mendapatkan pendapat dan bantuan daripada kenalan anda di luar negara untuk hal-hal seperti penginapan, cara belajar dan juga sebagainya.

Selain itu, apabila anda terlibat dalam dunia perniagaan pada masa akan datang, kenalan anda dari luar negara itulah yang boleh membantu anda untuk mengembangkan pasaran perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.

luar negara

Oleh itu, jangan bimbang ataupun menguburkan hasrat anda untuk belajar ke luar negara disebabkan oleh persepsi negatif masyarakat di luar sana.

Pokok pangkalnya, jika anda seorang yang berpegang teguh dengan agama, adat dan jati diri negara sendiri, anda juga boleh berjaya hidup di negara orang demi mendapatkan segulung ijazah.

Sehubungan dengan itu, dengan Daulah Educonsult, anda juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara seterusnya merasai kelebihan di atas sepanjang pengajian anda.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai jurusan-jurusan dan universiti di luar negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult, anda boleh layari laman web mereka iaitu www.daulahmedic.com

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian khidmat pelanggan di nombor 018-9624322 serta melalui emel daulahmedic@gmail.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here