Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang lelaki parah selepas bertindak membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan, Manjung, semalam.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas bergaduh dengan teman wanitanya dan melecur hampir 90 peratus pada seluruh badannya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.40 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dikatakan membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Seri Manjung dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pihak hospital memaklumkan, kesan terbakar pada tubuh mangsa hampir 90 peratus.

BACA JUGA :   6 Lokasi Menarik di Ipoh Yang Menjadi Tumpuan Media Antarabangsa

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan rumah berkenaan dan terdapat beberapa saksi ketika kejadian berlaku.

“Tempat kejadian juga mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh.

“Ia termasuk merakam percakapan saksi serta menganalisa rakaman CCTV yang diperoleh,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.

Video membabitkan kejadian itu turut tular di laman Facebook hari ini.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here