Dibenarkan pakai baju “Malu Apa Bossku” esok

0
900

BOSSKU, Malu Apa Bossku dan baju Najib Razak boleh diterima selagi ia tidak mengandungi logo parti atau maklumat mengenai calon, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Mereka yang memakai pakaian dengan logo parti, gambar calon atau nama calon tidak dibenarkan masuk di dalam radius 50 meter dari tempat pengundian,” kata Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan.

“SPR sekali lagi menegaskan kepada semua pihak khususnya pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi pada hari mengundi agar tidak memakai baju yang mempunyai simbol parti atau calon.

“Contohnya, berkaitan pemakaian baju yang bertagline ‘Bossku’ atau ‘Malu Apa Bossku’. Sekiranya baju tersebut hanya memaparkan tagline ‘Bossku’ dan gambar (bekas perdana menteri) Najib (Razak) ia tidak menjadi kesalahan.

“Tetapi ia akan menjadi kesalahan sekiranya pada baju itu turut terselit atau memaparkan simbol atau logo parti dan gambar,” kata Azhar melalui kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, mereka yang berpakaian dengan logo parti mesti berada sekurang-kurangnya 50 meter daripada pusat mengundi dan boleh dihalang daripada memasuki tempat mengundi undi.

Jualan kemeja-T dengan paparan wajah Najib menaiki motosikal yang memandang ke arah belakang mendapat sambutan sejak kempen PRK Cameron Highland baru-baru ini.

Selain itu Azhar mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada jam 11.59 minit malam ini.

“Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi adalah dilarang.

“Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah di luar Pusat Mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,” katanya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here