Pasir Gudang, 12 Mac 2019 –  Jumlah mangsa yang mengalami sesak nafas, loya dan muntah yang dirawat di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini, hari ini mencecah 260 orang termasuk pelajar dua sekolah dan orang awam.

Murid terbabit adalah daripada Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort.

Daripada jumlah itu, 102 murid adalah dari SMK Tanjung Puteri Resort dan selebihnya dari SK Tanjung Puteri serta orang awam. Mangsa diberi rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal ketika ditemui media selepas melawat mangsa di situ berkata kesemua mangsa mengalami simptom sama seperti dua buah sekolah yang diarah ditutup sebelum ini.

BACA JUGA :   Ular Sawa Seberat Lebih 80KG Dijumpai Dalam Perigi

Beliau yang meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat mangsa yang dirawat di dewan berkenaan, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut termasuk jumlah pecahan mangsa terlibat.

Salah seorang pelajar, Alya Mahirah Ahmad Syirajudin, 15, yang ditemui di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih berkata dia mula menghidu bau kurang menyenangkan sejak 9 pagi tadi.

Katanya, bau berkenaan berterusan sehingga menyebabkan dia dan beberapa rakan turut sesak nafas lalu dihantar ke dewan tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian melahirkan rasa kesal dengan insiden pencemaran sungai itu yang menyebabkan beberapa sekolah ditutup.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here