Singapura, 15 Mac 2019 – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa di sini, selepas didapati menyembunyikan empat ekor anak kucing di dalam seluar yang dipakainya, kata media tempatan.

Channelnewsasia.com melaporkan identiti lelaki berusia 45 tahun itu dirahsiakan dan kisahnya mulai tular apabila seorang kakitangan Imigresen dan Pusat Pemeriksa Singapura (ICA) berkongsi kisah itu di laman Facebook, semalam.

Kes itu kemudiannya dirujuk ke Penguatkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA).

Dalam entri seterusnya, AVA memaklumkan kesemua anak kucing itu berada di bawah jagaan mereka dan siasatan sedang dijalankan.

“Haiwan yang diseludup tidak diketahui status kesihatannya dan boleh membawa pelbagai penyakit berjangkit, seperti rabies,” kata AVA dalam entri itu.

BACA JUGA :   Mufti Ismail Menk Dan Ustaz Haslin Kini Dilarang Memasuki Singapura

AVA turut menegaskan pengimportan mana-mana haiwan atau burung hidup ke Singapura tanpa lesen adalah haram dan boleh dikenakan denda maksimum sehingga S$10,000 (RM30,000) atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here