Perhimpunan hari wanita yang telah diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia telah dicemari dengan mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), berhampiran pusat beli-belah Sogo, Sabtu lalu.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan tersebut dianjurkan oleh badan bukan kerajaan seperti Women’s Aid Organization (WAO), Sisters in Islam (SIS) serta aktivis pelajar ini turut membawa bendera pelangi sebagai simbol golongan LGBT dan turut dirakam melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” serta mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Himpunan tersebut mengetengahkan lima tuntutan iaitu, menggesa supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual dihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minima RM1, 800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.

BACA JUGA :   Nak sambung belajar di Universiti Al-Azhar tapi tidak tahu macam mana?

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah memaklumkan bahawa tiada permit dikeluarkan pihaknya bagi perhimpunan tersebut kerana notis yang dikemukan kepada pihak polis adalah kurang dari 10 hari.

Sementara itu, tindakan tersebut telah mengejutkan Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa kerana perhimpunan ini telah menyalah guna ruang demokrasi untuk mempertahan perkara yang salah di sisi agama Islam.

Menurutnya, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini dan mana mungkin, kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah disisi undang-undang.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here