Perbicaraan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah paling dinantikan orang ramai dan juga masyarakat dunia kerana ia didakwa membabitkan wang rakyat serta pengubahan wang haram.

Perasaan ingin tahu mengenai apa sebenarnya yang berlaku dalam kes jenayah komersial terbesar itu dalam sejarah perundangan negara menyebabkan ada permintaan daripada orang ramai supaya kes membabitkan bekas Perdana Menteri disiarkan secara langsung (live streaming) untuk tontonan awam.

Image result for perbicaraan kes najib

Di Amerika Syarikat perbicaraan bekas bintang bola sepak Amerika, O J Simpson, yang didakwa membunuh bekas isteri, Nicole Brown Simpson dan teman lelakinya, Ron Goldman pada 1995 serta perbicaraan doktor peribadi penyanyi terkenal, Michael Jackson, yang didakwa membunuh artis itu pada 2011, mendapat liputan luas dan disiarkan secara langsung oleh media.

Begitu juga di Indonesia, perbicaraan membabitkan orang ternama, termasuk artis disiarkan secara langsung oleh media di sana.

 

Bagaimana di Malaysia? Sehingga kini belum pernah sesuatu perbicaraan itu disiarkan secara langsung oleh media di negara ini. Jadi bolehkah ia disiarkan secara langsung oleh media?

Menurut seorang peguam yang juga Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, secara prinsip perbicaraan sesuatu kes itu boleh disiarkan secara langsung di media.

Kebebasan media

Menurut Yusmadi, dalam Perlembagaan Persekutuan sudah termaktub kebebasan media, bagaimanapun amalan seperti ini belum pernah dibuat di negara ini. Sekiranya perbicaraan 1MDB mahu disiarkan secara langsung, bagi pandangannya ia boleh dilaksanakan kerana tuduhan terhadap kesalahan itu membabitkan wang rakyat dan dengan itu mereka berhak mengetahui isu yang menghantui masyarakat.

BACA JUGA :   Polis Malaysia Tangkap Pesalah Pertama Di Bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018

 

Bagaimanapun, katanya, bagi perbicaraan yang membabitkan keselamatan negara, ia sama sekali tidak boleh disiarkan secara langsung kerana kepentingan negara dan saksi lebih diutamakan. Katanya, begitu juga dengan kes membabitkan kanak-kanak atau juvana, kerana tertuduh di bawah umur dilindungi undang-undang.

Berhubung keburukan jika sesuatu kes disiarkan secara langsung, Mohd Yusmadi berkata akan berlaku isu perbicaraan media terhadap kes yang sedang dibicarakan dan perkara itu boleh memudaratkan pihak tertentu serta boleh membawa kepada penghinaan kepada mahkamah.

Sementara itu, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata secara prinsip am perbicaraan di mahkamah adalah terbuka kepada media kecuali bagi kes membabitkan juvana, kes mendedahkan aib seperti perbicaraan kes rogol dan keselamatan.

 

“Berhubung kes Najib, jika ada permintaan ramai termasuk peguam atau pendakwa, mahkamah boleh membenarkannya. Cuma saya lihat daripada pelbagai aspek keperluan, adakah ia perlu?”

 

“Ketua Hakim Negara mungkin mempunyai pendapat berbeza kerana kes mahkamah tidak seharusnya menjadi perbualan ramai kerana akan wujud reaksi di media sosial, termasuk komen yang menghina mahkamah,” katanya.

Pada 1 November lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan, kerajaan menolak cadangan perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung.

BACA JUGA :   Chef Wan Mahu Tampar Najib. Ada Berani Ke?

Cemar integriti prosiding

Peguam Jagjit Singh pula memberitahu pemberita, siaran langsung tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan mencemarkan integriti prosiding. Katanya, jika perjalanan kes itu disiarkan secara langsung, saksi mungkin akan menyesuaikan keterangan mereka mengikut testimoni saksi memberi keterangan lebih awal.

“Jadi prosiding di mahkamah mungkin tercemar. Seksyen 7 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 15 Akta Mahkamah Kehakiman hanya menyebut prosiding di mahkamah adalah terbuka kepada orang awam; ia tidak menyatakan bahawa perjalanan kes itu boleh disiarkan secara langsung,” katanya.

 

Bagaimanapun, harus diingatkan tidak semestinya secara langsung itu bermakna keseluruhan prosiding disiarkan. Media mungkin boleh dibenarkan menumpukan beberapa peringkat prosiding sahaja, contoh permulaan mahkamah bersidang; pertuduhan dibacakan dan pengakuan tertuduh; ucapan pembukaan oleh Pendakwa Raya; penghujahan kes pada peringkat prima facie oleh Pendakwa Raya; penghujahan peguam bagi pihak tertuduh; keputusan hakim sama ada wujud kes prima facie.

Siaran langsung boleh juga dibenarkan di akhir prosiding yang meliputi penghujahan pendakwa raya, penghujahan peguam dan pengumuman keputusan oleh hakim. Dalam kes 1MDB dan kes berkepentingan tinggi lain, soalan sama ada prosiding kes itu boleh disiarkan secara langsung atau tidak terserah kepada kerajaan. Ada pro dan kontra. Jika kerajaan berhasrat membenarkannya, kerajaan boleh mengenakan had dan batasan serta syarat tertentu untuk kes berkepentingan tinggi disiarkan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here