Masalah ‘man boobs’ atau bahasa perubatannya ‘gynaecomastia’ sering dijadikan bahan jenaka dalam kalangan lelaki.

‘Man boobs’ merupakan satu bentuk gangguan hormon pada tubuh seorang lelaki sehingga menyebabkan dadanya terlalu membonjol sehingga kelihatan adakalanya seolah-olah payu dara pada wanita.

Ia sering mengundang perasaan malu serta kurang keyakinan terhadap diri sendiri serta penampilan bagi lelaki yang mengalami masalah ini.

Masalah ‘man boobs’ ini bukanlah sesuatu yang baru. Kaum Adam pelbagai lapisan umur daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa boleh mengalami masalah ini.

Laporan daripada National Institute of Health, Amerika Syarikat, ‘buah dada lelaki’ ini menonjol akibat peningkatan tahap hormon estrogen ataupun penurunan tahap hormon testosteron.

Masalah ini turut terjadi akibat dari pengumpulan lemak yang meningkat yang dikenali sebagai ‘pseudo-gynacomastia’ dan ia sering dilihat pada lelaki yang mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.

BACA JUGA :   Perlaksanaan PKPP Sehingga 31 Disember.

Kemunculan ‘man boobs’ ini tidak semestinya menimbulkan masalah kesihatan yang serius, namun ia mungkin muncul sebagai simptom kepada masalah kesihatan lain seperti hormon yang tidak seimbang ataupun berat badan berlebihan. Tapi, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti berikut, adalah amat wajar untuk anda berjumpa doktor:

  • Bengkak, sakit atau kelembutan di sekitar putting
  • Lelehan daripada putting
  • Perubahan pada penampilan putting
  • Kehilangan bulu badan dan muncul tumbuhan di bahagian lain

Ada beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk membina otot yang lebih pejal dan mengurangkan ‘man boobs’ anda.

#Buat pemeriksaan

Sebelum memulakan sebarang bentuk diet atau senaman, maklumkan kepada doktor tentang kebimbangan serta keprihatinan anda ingin capai. Dapatkan pemeriksaan paras hormon anda daripada doktor.

BACA JUGA :   Pentingnya Aktiviti Luar dalam Pertumbuhan dan Pembangunan Kanak-Kanak

#Makan Secara Lebih Sihat

Makan secara sihat dapat mengurangkan kadar kalori dan boleh mengurangkan berat badan. Tetapkan sasaran atau azam anda dan berusaha mengamalkannya setiap hari. Ramai di antara kita yang makan secara rambang tanpa mengira kadar kalori setiap hari.

#Buat Latihan Angkat Beban

Latihan mengangkat beban atau berat merupakan salah satu cara terbaik untuk membina otot-otot di bahagian-bahagian yang disasarkan dan membantu membakar kalori, berbanding cara latihan yang lain.

Antara senaman yang baik untuk bahagian dada adalah seperti ‘push-up’ atau tekan tubi.

Selamat mencuba!

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here