Anda rasa mata anda kering? Pastinya tidak selesa, kan? Apabila mata kering, mata anda mungkin terasa seperti menyengat atau terbakar.
Mata kering biasa terjadi apabila air mata tidak dapat memberikan pelincir yang mencukupi untuk mata. Ada macam-macam faktor yang boleh menjadi punca air mata yang tidak mencukupi.
Antara faktor yang mungkin berlaku dalam situasi tertentu seperti di dalam kapal terbang, dalam ruang berhawa dingin, semasa menunggang basikal atau selepas melihat skrin komputer untuk tempoh yang lama.
Tahu atau tidak, walaupun ketika anda gembira, mata anda akan dipenuhi air mata.
Air mata memberi kelembapan dan pelincir yang akan membantu anda untuk melihat dan mengekalkan keselesaan pada kanta mata.
Apa yang terkandung dalam air mata?
Air mata adalah campuran;
- Air untuk kelembapan
- Minyak sebagai pelincir
- Mukus bagi memudahkan penyebaran
- Antibodi dan protein khas yang melindungi dari jangkitan
Bahan-bahan ini datang khas dari kelenjar khas yang ada di sekitar mata. Mata kering bermaksud sistem air mata anda mengalami masalah.
Jom ketahui simptom dan punca mata anda kering!
Simptom mata kering
Apabila air mata tidak dapat memberikan kelembapan yang secukupnya, anda mungkin akan merasai:
- Mata berpasir
- Terasa seperti ada sesuatu pada mata
- Gatal-gatal
- Kemerahan
- Penglihatan kabur
- Sensitif pada cahaya
- Rasa menyengat, terbakar pada mata
- Muncul mukus berlendir pada mata atau sekitarnya
- Sukar memakai kanta lekap
- Berdepan kesukaran memandu pada waktu malam
- Mata terasa letih
Ada ketikanya, mata kering menghasilkan air mata yang terlalu banyak sehingga disalah anggap sebagai tangisan.
Ia berlaku kerana kekurangan kelembapan menyebabkan kerengsaan pada mata dan isyarat kecemasan dihantar melalui sistem saraf untuk mendapatkan lebih pelincir.
Tubuh anda akan mengisyaratkan air mata yang banyak untuk menyingkirkan kekeringan.
Punca mata kering
Punca mata kering ada masanya berlaku kerana kekurangan keseimbangan dalam sistem aliran air mata. Keadaan sekeliling juga mempengaruhi keadaan mata sperti penghawa dingin, pemanas suhu atau benda lain di sekitar anda yang menyebabkan mata kering.
Penghasilan air mata tidak mencukupi ini dipanggil keratoconjunctivitis sicca. Antara punca umumnya ialah:
- Proses penuaan semulajadi; terutamanya menopaus
- Kesan sampingan ubatan seperti antihistamin
- Keadaan kesihatan yang menjejaskan keupayaan mata menghasilkan air mata seperti sindrom Sjogren, arthritis rheumatoid, kencing manis, kurang vitamin A dan penyakit vaskular kolagen
- Keadaan mata yang tidak membenarkan kelopak mata meutup mata dengan cara sepatutnya
- Pembedahan mata secara laser, tetapi simptom mata kering disebabkan prosedur ini bersifat sementara
- Kerosakan kelenjar air mata disebabkan keradangan atau radiasi
Namun, ada juga punca mata kering ini disebabkan oleh faktor berikut:
- Angin, asap dan udara kering
- Mata kurang berkedip, cenderung berlaku apabila anda fokus kepada sesuatu sepertu membaca, memandu atau menghadap computer
- Masalah pada kelopak mata, kelopak mata ke luar (out-turning of the lids, ectropion) atau kelopak mata ke dalam (in-turning of the lids, entropian)
INGIN JADI AHLI PERUBATAN BERTAULIAH?
Anda berminat untuk menjadi bakal graduan bidang perubatan? https://daulahmedic.com/ akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!
Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.
Daulah Educonsult Sdn. Bhd. merupakan agensi pengurusan pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) atau hubungi konsultan kami di (019-943 949).