Tragis. Itu yang boleh digambarkan apabila mayat milik adik Nur Aisyah Aleya Abdullah hanya tinggal tengkorak dan cebisan sahaja di tempat kejadian.
Adik Aisyah telah dilaporkan hilang ketika dalam jagaan pengasuh pada bulan lalu telah ditemui di sebuah kawasan hutan Gunung Raya di Pulau Langkawi semalam, dan telah dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.
Penemuan tersebut terbongkar susulan soal siasat terhadap dua suspek pasangan suami isteri yang menjaga Nur Aisyah yang ditahan di Ampang selepas melarikan diri di Langkawi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim memberi kenyataan tersebut selepas pihak Unit Anjing Pengesan (K9) dan pasukan forensic Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui rangka mayat kanak-kanak berusia 3 tahun itu.
Jelasnya, badan Nur Aisyah sudah mereput dan tengkorak sahaja yang tinggal lebih kurang 32 kaki bawah gaung daripada bukit ini.
Siasatan awal mendapati suspek lelaki telah membawa polis ke lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang.
Ibu kandung Aisyah, Rosmaliah Samo memaklumkan dia pernah menyaksikan sendiri kejadian di mana anaknya dipukul, dilibas serta badan mangsa dicucuh dengan punting rokok oleh suspek yang merupakan teman lelakinya.
Ekoran dari sikap suspek yang panas baran, Rosmaliah mengakui dia tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk.
Menurutnya, dia mula merasakan sesuatu tidak kena dengan suspek apabila dia sering memberikan jawapan berbeza tentang keberadaan Nur Aisyah.
Dia juga kerap bermimpi mengenai Nur Aisyah kebelakangan ini dan terkejut apabia menerima berita kematian anaknya itu.