Langkawi ? Tenang anak muda tenang. Kali ini Team Deenamik ingin berkongsi itinerari percutian seisi keluarga ke Langkawi dengan bajet yang cukup rendah.

 

Tengok kos pun dah tahu, itinerari ni memang dirangka dengan sangat baik terutama buat budget traveller macam kami ni.

Okay, berhenti membebel. Go!

Tempoh Percutian : 2 Hari 1 Malam

Flight : KL – Langkawi. Harga tiket RM98 (pergi balik per pax) disarankan book awal kalau nak dapat harga lagi murah.

Penginapan : RM80 di Citin Hotel dekat Pekan Kuah ( satu malam, bilik double dan ada breakfast serta extra katil ). Anda boleh survey senarai hotel di sini.

Tempat-tempat Untuk Dilawat : Pantai Cenang, Pantai Kok, Langkawi Parade Megamall, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah

Transport : RM100-RM160 (sewa kereta untuk 2 hari)

Tiket masuk : RM55 per pax

Makan : RM80 per pax ( 2 kali makan sehari )

Anggaran jumlah kos : RM293 per pax

 #1. Sesampainya di Langkawi

Cara paling senang untuk berjalan-jalan di sekitar Langkawi adalah dengan menyewa kereta. Lagipun, jalan raya dekat sana tidaklah pening sangat, so kemungkinan untuk sesat tu sangat rendah.

Bila sewa kereta, anda pun dah tak payah nak berebut-berebut cari teksi atau pengangkutan awam. Ambil terus kereta sewa dari airport dengan harga RM100-RM160 sehari. Kalau nak lain daripada yang lain, anda boleh sewa motor skuter yang lebih murah dalam RM25 –RM35 sehari.

#2. Mandi-Manda di Pantai

langkawi pantai cenang
Pantai Cenang

Aktiviti nombor satu yang anda patut buat di Langkawi adalah menikmati keindahan pantai-pantai dekat sini. Memang cantik-cantik pantai dekat Langkawi ni.

Pantai yang paling meriah dan banyak tarikan adalah Pantai Cenang. Makanan best-best dekat situ pun banyak. Kalau anda dan keluarga nak mandi dekat pantai yang tenang dan tak ramai orang, boleh pergi dekat Pantai Kok.

#3. Shopping Di Langkawi Parade MegaMall

Bila dan sampai dekat pulau bebas cukai ni, tak sah lah kalau tak shopping puas-puas. Anda boleh dapatkkan banyak pakaian daripada jenama Guess, Billabong, Hurley dengan harga yang sangat murah. Kalau anak-anak nak beli mainan pun murah je.

Selalunya, pergi Langkawi ni mesti wajib borong segala jenis coklat. Haaa coklat macam Daim, Twix, Ferrero Rocher dan banyak lagi tu jauh lebih murah kalau nak compare dengan tempat-tempat lain di semenanjung. Maklumlah, bebas cukai kan.

#4. Island Hopping

Walaupun terkenal dengan pantai-pantai cantik, kepulauan Langkawi juga kaya dengan tarikan alam semulajadi. Untuk dapatkan pengalaman yang anda pasti tak boleh lupakan, cuba lah bawa seisi keluarga pergi Island Hopping Tour.

tasik dayang bunting langkawi
Tasik Dayang Bunting

Anda akan dibuai dengan perjalanan ala-ala adventure selamaa 3-4 jam menerokai pulau-pulau indah. Bermula dengan menaiki bot ke Geopark Warisan Dunia UNESCO, Pulau Dayang Bunting untuk menyelam dan kemudiannya menyelusuri misteri Tasik Dayang Bunting yang dikelilingi hijau-hijauan batu kapur.

langkawi
Pulau Beras Basah

Perjalanan bersambung ke Pulau Singa Besar di mana anda dapat menyaksikan beratus-ratus helang laut mencari ikan di dalam air. Lebih menarik, eksplorasi Island Hopping berakhir dengan aktiviti snorkeliing dan menunggang jet-ski di Pulau Beras Basah.

#5. Jalan-Jalan Cari Makan

Dah puas jalan-jalan, mestilah nak menjamu selera dekat kedai makan yang best, betul tak ?

Anda patut cuba berkunjung ke gerai Laksa Power. Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas.

laksa power langkawi

laksa power langkawi

Kedua, anda boleh pergi ke Restoran Haji Ramli yang dibuka dari petang hingga tengah malam. Terletak di bahu jalan pantai Cenang Langkawi, restoran ini menyediakan menu seafood dan masakan ala Thai yang best dan harganya murah. Kami cadangkan anda cuba ikan bakar di restoran ini kerana rasanya memang lain dari yang lain mungkin kerana perapan ikan bakar tu istimewa serta sambal ikan bakarnya yang best.

Restoran Haji Ramli langkawi

Restoran Haji Ramli langkawi

Kalau nak try hidangan western, datanglah ke Jai Island Cafe yang terletak di Pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Disini juga ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Ambiencenya juga best dan selesa. Kami cadangkan bagi anda yang mahu mencuba Jai Island Cafe ini, try makanan westernya seperti lambchop, signature chicken chop dan juga burgernya. Sedap!

jai island cafe langkawi

jai island cafe langkawi

Semoga itinerari yang disediakan ini membantu anda untuk merancang percutian ke Langkawi !

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here