Wanita brasal dari Lijiang di daerah Yunnan, menolak pelbagai pekerjaan meskipun dia mampu melakukan apa-apa jua pekerjaan. Wanita Yunnan memilih jalan itu kerana beranggapan dirinya terlalu cantik untuk bekerja, dan memutuskan untuk menjadi pengemis jalanan.

 

Sebelum ini wanita Yunnan itu pernah berkerja di salah sebuah restoran makanan sebagai juruwang dan pelayan restoran berkenaan, tetapi malangnya dia telah dibuang kerja.

wanita yunnan
gambar hiasan

Selepas dibuang kerja dia berasa tidak perlu lagi untuk bekerja di mana-mana premis untuk menampung hidupnya. Oleh itu wanita Yunnan itu memilih menjadi pengemis, yang hanya meminta sedekah di tepi-tepi jalan.

Menurut kata wanita itu, sekiranya dia menulis “saya sedang kelaparan, saya perlukan 10 yen untuk mendapat sesuap makan” pada kadbod yang dipegangnya semasa meminta sedekah. Jika dia bertindak seperti itu mungkin ramai yang akan bersimpati dengannya ataupun dia boleh menjual dirinya, tapi tidak perlu berkelakuan sehingga keterlaluan.

Mengetepikan sikap seperti itu, dia mengubah sedikit teknik bagaimana untuk menjana pendapatan melalui sikap meminta sedekah.

wanita yunnan
sumber foto : mynewshub

Menggunakan kadbod, wanita Yunnan itu menulis “Saya barasal dari Hunan, memiliki kecantikan semulajadi, tiada kecacatan dan memiliki tubuh badan sihat, dan saya juga memilih untuk mengemis di sini daripada bekerja. Terima kasih kepada insan-insan yang baik baik.”

Wanita Yunnan itu sudah berusia 30 tahun, tetapi memilih jalan untuk mengemis. Pilihannya itu menjadikan gambar dirinya mula tular di media-media sosial sehingga mendapat perhatian ramai netizen, dan terdapat segelintir netizen menzahir luahan simpati terhadapnya.

wanita yunnan
sumber foto : mynewshub

Segelintir netizen mengatakan beliau masih muda, memiliki keterampilan baik, sihat fizikal dan masih mempunyai banyak peluang pekerjaan. Tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu, meminta-minta sedekah di tepi jalanan.

Alangkah lebih baik jika wanita itu mencari pekerjaan yang sesuai daripada terus mengemis di tepi jalan, dari pagi sehingga ke waktu malam.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengkritik wanita Yunnan tersebut dangan mengatakan bahawa di bukanlah memiliki rupa yang terlalu cantik, tetapi malas untuk bekerja dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sumber kewangan.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here