Nahas ! Asrama pelajar kolej Mahsa terbakar

0
1261

Johor Bharu, 5 Mac 2019 Sebuah bilik asrama pelajar Kolej MAHSA di Pangsapuri Titiwangsa, Jalan Padi Malinja 1, Bandar Baru Uda (BBU), di sini, terbakar, malam tadi, namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut ketua operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohd. Suhaimi Jamal, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada pukul 7.35 malam sebelum menggerakkan 25 anggota melibatkan tiga buah jentera ke lokasi kejadian.

“Kejadian kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di dalam sebuah rumah yang merupakan Asrama Pelajar Kolej Mahsa.

“Semasa kejadian, hanya terdapat seorang pelajar di dalam sebuah bilik rumah berkenaan, yang keseluruhannya mempunyai tiga bilik.

“Pelajar terbabit terasa bahang dari bilik bersebelahan sebelum dia bertindak keluar rumah dan turun ke bawah bangunan pangsapuri itu bagi memaklumkan rakan-rakan lain,” katanya.

BACA JUGA :   Detik Cemas ! FERI "terbakar" selepas lima minit berlepas

Mohd Suhaimi berkata rumah tersebut didiami 12 pelajar dan operasi kebakaran melibatkan keseluruhan bilik terbabit tamat pada 8.59 malam tadi.

Katanya, punca dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here