Klang, 11 Mac 2019 – Lelaki warga Myanmar yang maut dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Bola Setia Badminton Academy Persiaran Murni Sek U13 Setia Alam petang tadi, dipercayai menggunakan telefon bimbit ketika kejadian.

Rakannya, Mohamed Noor Zafar, 19, berkata mangsa, Rohimullah, 19, berada di sebelahnya di tengah padang dan menggunakan telefon bimbit.

“Ketika Rohimullah leka bermain telefon, guruh berdentum dan kilat menyambar sebelum dia dipanah petir.

“Saya terkejut dan panik melihat dia terbaring kaku dengan keadaan bajunya terbakar.

“Ketika itu, kami sudah berhenti bermain bola kerana cuaca gelap dan guruh.

“Kami menunggu bas untuk pulang,” katanya ketika ditemui Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, petang tadi.

BACA JUGA :   Macam mana nak elak dari dipanah petir

Selain Rohimullah, tiga lagi rakannya, Abdul Rahman Abul Hussin, 30; Kamaluddin Abu Tahir, 30 dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20 turut dipanah petir dan masih menerima rawatan di HTAR.

Mohamed Noor berkata, Rohimullah dan sahabat lain datang bagi menyaksikan beliau bermain dalam perlawanan itu.

Katanya, pasukan diwakili iaitu Klang Rohingya Football Club (KRFC) bermain bola sepak melalui perlawanan persahabatan setiap hujung minggu.

Mohamed Noor berkata, mereka tinggal berhampiran Pasar Borong Meru dan bekerja di situ selain memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Abang Rohimullah yang dikenali sebagai Aro Fulla, 22, ketika ditemui berkata, kejadian menimpa adiknya dimaklumkan oleh saudaranya.

BACA JUGA :   Macam mana nak elak dari dipanah petir

“Ketika itu saya berada di rumah dan tidak tahu dia ke padang.

“Saya sudah menghubungi keluarga di kampung (Myanmar) dan sudah tentu berita ini amat menyedihkan,” katanya yang sebak dan tidak dapat meneruskan perbualan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here