“Baby”yang comel dan bijak sudah semestinya menjadi idaman setiap ibubapa. Dalam angan-angan mengejar gelaran ‘baby bijak’ ini, ibubapa sebenarnya sudah terlepas pandang dengan petua dan amalan mak-mak kita yang boleh kita amalkan dalam usaha untuk mendapatkan “baby” yang bijak, berkulit cerah, putih dan gebu ni.
Untuk ibubapa di luar sana, ini amalan yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian supaya dapat “baby” comel dan bijak ini.
Jom, check it out !
#1. Air Kelapa
Air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih. Air kelapa mengandung elektrolit tinggi yang bermanfaat sebagai antioksidan alami bagi tubuh. Selain itu air kelapa juga dapat menghidrasi tubuh dengan cepat dan membantu menjernihkan air ketuban sehingga kulit bayi dalam kandungan akan lebih bersih.
#2. Amalkan mengaji Surah Yusuf Dan Surah Maryam
Memang elok sebenarnya jika kita membaca al Quran setiap hari. Bukan semata-mata untuk lahirkan anak yang comel, tetapi juga untuk melembutkan hati anak yang dikandung.
Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil baca ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda dapat khatam Quran. Namun, jangan pula amalan membaca al Quran dihentikan selepas melahirkan. Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin sampai bila-bila.
#3. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
Kata orang tua-tua, pemakanan sayuran hijau sangat membantu untuk anda lahirkan bayi yang berkulit cantik. Antara sayuran yang sesuai ialah bayam, dan brokoli. Sayuran jenis kekacang seperti buncis dan kacang panjang juga adalah digalakkan.
Buah-buahan seperti oren, anggur dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil. Sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.
Kurma merupakan antara makanan pilihan untuk wanita yang sedang hamil. Selain boleh mencerdaskan minda, ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.
#4. Berikan nama yang baik
Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Setiap nama anak yang disebut itu ibarat doa.