Banting: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun bertindak nekad apabila dia cuba terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting kerana kecewa cintanya ditolak gadis yang diminatinya, semalam.

Pelajar terbabit sempat meluahkan rasa kecewanya pada sekeping nota sebelum bertindak untuk cuba membunuh diri kerana kecewa dengan gadis diminatinya rapat dengan pelajar lelaki lain.

Menurut pihak bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 1.12 tengah hari.

Komander operasi menjelaskan bahawa pihaknya mendapati ada cubaan bunuh diri oleh seorang pelajar lelaki sekolah. Mangsa ketika itu telah berjaya dipujuk hampir setengah jam serta diselamatkan oleh pihak Agensi Perkhidmatan Awam yang sampai terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Kemalangan Maut Membabitkan 4 Sekeluarga Termasuk Bayi

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting oleh ambulans untuk tindakan lanjut.

Video pelajar tersebut tular di media sosial yang merakamkan dia berjalan di atas bumbung sekolah sebelum bergelut dengan pasukan penyelamat.

Ketua Pokis Daerah Kuala Langat, Superitendan Azizan Tukiman, pelajar tersebut hanya mengalami cedera ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan mendapati pelajar ini mengaku cuba untuk membunuh diri kerana kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan yang sebaya dengannya.

Menurut mangsa, dia telah berjumpa dengan pelajar perempuan tersebut untuk meluahkan rasa cintanya, namun ditolak.

Pelajar lelaki tersebut bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah dan seorang pelajar yang baik serta pendiam.

BACA JUGA :   Muhammad Adib Dikebumikan Selepas Zuhur

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here