KUALA LUMPUR,4 Mac 2019 – Seorang pelancong warga China cedera selepas beg tangannya diragut seorang lelaki bermotosikal di hadapan pusat beli belah KLCC, Jalan Ampang di sini, Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat itu turut menyebabkan mangsa berusia 63 tahun itu kerugian wang 400 yuan (kira-kira RM240), pasport, kad kredit, kunci rumah dan pakaian

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima aduan tentang kejadian itu pada 4.15 petang.

“Ketika berada di hadapan KLCC, mangsa yang bersama rakannya didatangi seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna hitam sebelum diragut.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa telah mendapat kecederaan di kepala dan muka sebelah kiri serta telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

BACA JUGA :   Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Cermin Kereta Dipecahkan Peragut Di Lampu Isyarat

Menurut Shaharuddin, rakan mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira sejam kemudian.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here