Masalah mulut seperti nafas berbau, gigi rosak serta masalah penyakit gigi boleh berlaku sekiranya penjagaan gigi diabaikan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai pendakap gigi. Ini kerana makanan senang terperangkap dalam bracket dan pada wayar lengkung pada gigi.
Penjagaan mulut pemakaian pendakap gigi yang betul membantu mengurangkan pengumpulan plak dan memberi keselesaan kepada anda.
Memberus
Memberus gigi adalah sangat penting tidak kira anda memakai pendakap gigi atau tidak. Tetapi, memberus gigi menjadi sangat penting apabila anda menjalani rawatan ortodontik.
Apabila anda memakai pendakap gigi, sisa makanan dan plak lebih mudah terperangkap dalam bracket dan menyebabkan masalah mulut.
Jadi, gunakan berus gigi dengan kepala lembut untuk memberus di kawasan yang sukar dijangkau dan gosok pada sudut 45 darjah ke arah gusi anda.
Pemakai pendakap gigi adalah digalakkan untuk memberus gigi setiap kali lepas makan. Simpan berus gigi dan ubat gigi anda di dalam beg supaya anda mudah membersihkan mulut.
Flos
Flos semasa memakai pendakap gigi boleh menjadi sedikit mencabar, tapi ia merupakan rutin keersihan mulut yang tidak patut diabaikan. Flossing membantu menghilangkan sebarang pembentukan plak, serta sisa-sisa makanan yang terperangkap dalam pendakap gigi anda.
Jaga Pemakanan
Kebiasaannya ahli ortodontik akan menyenaraikan makanan yang harus dielak apabila anda memakai pendakap gigi. Antara makanan yang sewajarnya dielakkan adalah makanan yang melekit, kenyal atau keras. Ia untuk mengelakkan agar makanan ini tidak terperangkap pada bracket.
JADI DOKTOR GIGI BERSAMA DAULAH EDUCONSULT
Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.
PILIH DESTINASI DAN DAFTAR SEKARANG!
Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.