Poland merupakan salah satu pilihan negara yang anda patut pertimbangkan kerana Poland merupakan sebuah negara yang berkembang pesat dalam bidang ekonomi, dan mempunyai potensi untuk menjadi salah satu negara berpengaruh dalam sektor ekonomi di dunia.
Kehidupan demokratik di Poland mendorong terhasilnya iklim ekonomi yang tinggi serta kesejahteraan hidup warganya dengan baik.
KENAPA POLAND?
Ini adalah 5 alasan dan sebab mengapa anda perlu pilih Poland sebagai tempat belajar anda seperti yang disarankan oleh EHEF, Lembaga Pendidikan Tertinggi Eropah.
- Pilihan Universiti Terbaik Dunia
Di Poland, ada sekitar 12 universiti yang termasuk dalam senarai universiti-universiti terbaik dunia yang dibuktikan oleh Times Higher Education.
Antara university yang tersenarai ialah Universiti Warsaw, AGH University of Science and Technology, Universiti Jagiellonian, Warsaw University of Technology dan juga Universiti Adam Mickiewicz.
- Kualiti Pendidikan yang Baik
Poland mempunyai kualiti atau taraf pendidikan yang baik kerana adanya badan atau organisasi yang memantau dan menilai kualiti pendidikannya.
Organisasi yang bertanggungjawab memantau dan menilai kualiti negara ini ialah Jawatankuasa Akreditasi Poland, Majlis Am untuk Sains dan Pengajian Tinggi dan Persidangan Rektor Sekolah Akademik di Poland.
Ada lebih kurang 500 jurusan program atau kursus yang ditawarkan di universiti-universiti dan semuanya mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Akreditasi Poland.
Jadi, anda tidak perlu bimbang kerana dengan pemantauan dan penilaian yang ketat, anda akan mendapat kualiti pendidikan yang terjamin.
- Kos Belajar dan Kos Hidup yang Berpatutan
Antara kelebihan lain yang anda akan dapat sekiranya menyambung pelajaran di Poland adalah kos kehidupan dan kos belajarnya yang berpatutan. Kos hidup ini pastinya bergantung kepada cara anda menguruskan perbelanjaan dan gaya hidup di sana.
Kos hidup seorang mahasiswa di Poland kebiasaanya antara 350-750 Euro sebulan, dan ia merangkumi tempat tinggal, makanan, pengangkutan awam, internet dan makanan ringan tambahan.
Kos belajar di sana pula tidak setinggi university-universiti Eropah yang lain. Yuran kuliah bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana hanya bermula dari 2000 Euro setahun. Yuran kuliah pastinya menjadi faktor utama yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih negara yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran.
- Keunikan dan Kepelbagaian Budaya
Selain ingin belajar di luar negara, pastinya anda juga mahu meneroka tempat yang tinggal semasa belajar. Di Poland, ia kaya dengan keunikan dan kepelbagaian budayanya.
Kota-kota yang ada yang di Poland sangat cantik dan banyak bangunan bersejarah, muzium dan banyak tempat menarik yang ada di sana, seperti Royal Castle dan Wilanow Palace. Festival-festival muzik, filem dan budaya seperti Jagiellonian Fair, Wesele Kurpiowskie dan Crossword Festival juga boleh anda kunjungi sekiranya anda belajar di Poland.
- Kemudahan Memindahkan Kredit ke Negara Lain
Poland merupakan negara yang aktif dengan Proses Bologna. Proses ini memudahkan para pelajar untuk memindahkan kredit kuliah mereka ke universiti-universiti Eropah yang lain dan diperakui kesahihannya.
Ramai pelajar datang ke Poland, bahkan pelajar Poland yang ingin belajar di universiti Eropah lain menikmati kelebihan ini.
Tunggu apalagi, segera persiapkan diri anda untuk belajar di Poland bersama Daulah Educonsult https://daulahmedic.com/
Daulah Educonsult merupakan satu organisasi yang menghantar pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke Mesir, Indonesia, Bangladesh, Rusia dan salah satunya di Poland yang menawarkan universiti terbaik dan diiktiraf.
BERMINAT?
Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2 kami, atau hubungi (019-943 949).