Pagi ini pihak polis telah menahan isteri dan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan di kediaman mereka pada jam 6.45 pagi.

Ketiga-tiga mereka bakal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pihak Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pertuduhan untuk ke semua mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan tersebut akan dibacakan kepada isterinya Samirah Muzaffar, 43, dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun dan seorang lagi yang masih bebas.

BACA JUGA :   Kecoh kejadian di Jambatan Pulau Pinang lagi, seorang lelaki cuba bunuh diri

Kematian Nazrin Hassan menimbulkan pelbagai spekulasi, daripada diklasifikasikan sebagai mati mengejut, hinggalah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh kerana penemuan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Wujud juga spekulasi di mana kecederaan berganda di kepala (multiple head injuries) hasil dari penemuan pada laporan hasil bedah siasat kedua.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here