Seorang ibu ditemui dalam keadaan cedera dan lebam di seluruh badan dipercayai didera dua anak kandung dan menantunya di Flat Desa Wawasan 1, Bukit Mertajam, semalam.

Ibu malang berusia 64 tahun itu ditemui penduduk dengan hanya berkain batik selepas dia meminta pertolongan dan cuba keluar melalui pintu jeriji besi rumahnya yang dikunci.

Pihak polis kemudiannya dilaporkan membantu wanita berkenaan sebelum dia dibawa untuk rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa didapati mengalami luka di kepala dan luka serta lebam di seluruh badan. Hasil pemeriksaan mendapati, dia dikhuatiri mengalami cedera patah lama pada anggota badan yang dipercayai didera, namun mangsa dalam keadaan stabil.

BACA JUGA :   MENDIDIK PERIBADI ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

Polis kemudiannya menahan dua anak kandungnya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 tahun dan 35 tahun serta menantu perempuan berusia 28 tahun.

Hasil siasatan mendapati mangsa tinggal bersama anak menantunya dan mereka mempunyai masalah kewangan sehingga sering mengalami tekanan.

Kehidupan mereka juga dikatakan daif dari segenap segi dan mereka juga jarang makan.

Suspek yang merupakan anak mangsa didapati kurang siuman dan menerima bantuan daripada pihak zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah siasatan lanjut dilakukan.

Pihaknya turut mendapati bahawa ketiga-tiga mereka tidak bekerja dan akan mengemis di kawasan mengemis sekiranya kehabisan wang.

Pihak JKM juga telah dimaklumkan berhubung kes ini akan meminta pihak HBM untuk membuat rawatan psikiatrik ke atas mangsa termasuk anak dan menantunya.

BACA JUGA :   47 Penumpang Cedera Parah, Kemalangan LRT Terburuk Pernah Direkodkan

Mangsa yang juga mempunyai sejarah penyakit mental atau kemurungan dan dipercayai didera anaknya dengan dipukul menggunakan kayu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here