Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi mempergiat operasi menyelamat, merawat serta mencegah bahan kimia di Pasir Gudang.

Sumbangan ini turut membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat melengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan dalam usaha untuk membantu rakyat sepertimana titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.

Dalam kenyataan lain, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) percaya insiden gelombang kedua pencemaran toksik ini berlaku disebabkan oleh pergerakan angin selain dari cuaca panas di kawasan tersebut.

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya difahamkan tindakan untuk membersihkan sungai tersebut daripada sisa toksik memerlukan kos yang sangat tinggi kerana ia memerlukan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan dan syarikat swasta yang berkepakaran membersihkan sungai itu secara menyeluruh.

BACA JUGA :   Cuti Sekolah Dah Nak Habis! Tips Untuk Anak Anda Mudah Bangun Pagi.

Pembersihan sungai ini wajar dilakukan dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa kepada pencemaran sisa toksik ini.

 

Kementerian Pendidikan bagaimanapun telah mengarahkan semua sekolah di daerah Pasir Gudang ditutup berkuatkuasa serta-merta mulai 13 Mac sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Individu seramai 506 orang dirawat akibat pencemaran sisa bahan kimia berbahaya dengan 166 ditahan di wad, manakala sembilan dirawar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Datuk Osman Sapian selaku Menteri Besar Johor, mengesahkan keadaan di Pasir Gudang masih terkawal dengan semua langkah proaktif diambil dan tiada keperluan bagi kerajaan negeri mengisytiharkan darurat.

Menurutnya juga, kerja pembersihan Sungai Kim Kim dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu lagi bagi mengelak kesan pemcemaran berterusan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here