Tahniah buat calon SPM 2018 !
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.89, berbanding 4.90 pada 2017.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar mengecil 0.04 pada 2018 berbanding 2017.
Beliau berkata, hal ini disebabkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar sebanyak 0.04 iaitu GPN 5.18 berbanding 5.22 pada 2017, manakala pencapaian calon di bandar kekal 4.75 seperti tahun lalu.
Sudahkah anda merancang masa depan hendak sambung belajar di mana? didalam atau luar negara?
Terdapat juga alternatif lain seperti asasi atau ‘foundation’ yang sering menjadi pilihan buat pelajar-pelajar lepasan SPM kerana tidak mahu mengambil masa yang terlalu lama iaitu selama dua hingga tiga tahun untuk menghabiskan pelajaran mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree. Tapi apa itu asasi?
#APA ITU ASASI?
Asasi atau juga dikenali sebagai foundation ini merupakan sebuah pembelajaran yang dikhaskan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang membolehkan anda untuk melangkah terus ke degree tanpa perlu mengambil diploma apabila sudah mendapat sijil asasi nanti.
#MASA
Kebanyakan pelajar di Malaysia memilih untuk menyambung pelajaran dengan ‘tiket’ asasi ini ialah kerana masa atau tempoh pembelajaran yang singkat iaitu selama setahun atau dua tahun sahaja bergantung kepada jurusan yang diambil berbanding dengan diploma yang mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.
#SUKATAN PELAJARAN
Sukutan pelajaran jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat asasi ialah lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah atau degree yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
#JENIS ASASI YANG DITAWARKAN
Terdapat banyak kursus yang ditawarkan jika anda ingin melanjutkan pelajaran di peringkat asasi dan ianya bergantung kepada pilihan yang telah ditawarkan oleh universiti-universiti awam dan swasta kepada pelajar. Antara jurusan yang ditawarkan ialah seperti Asasi Sains, Asasi Undang-undang, Asasi Pengajian Islam, Asasi TESL, Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer dan banyak lagi.
#KELEBIHAN ASASI
- Membantu pelajar membuat persediaan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak dalam bidang pilihan.
- Struktur pengajian yang merangkumi kemahiran (soft skills) serta akademiknya.
- Jika memperolehi keputusan yang cemerlang akan terus ditawarkan pengajian ke peringkat degree oleh universiti tanpa perlu memohon lagi melalui UPU.
#KEKURANGAN ASASI
- Jika gagal, tiada pilihan selain menggunakan semula kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil/ diploma sahaja.
- Sijil asasi yang diperolehi tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.
- Jika keputusan kurang cemerlang, perlu memohon melalui UPU semula untuk pengajian degree.
- Pelajar lepasan asasi selain UITM dan UM tidak diterima untuk sambung pengajian degree ke universiti awam yang lain.
#HALA TUJU SELEPAS ASASI
Seperti yang telah dinyatakan di awal penulisan tadi, jika anda menyambung pelajaran ke peringkat asasi ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk anda menghabiskan pembelajaran dan kemudiannya boleh terus menyambung pelajaran ke peringkat degree selepas setahun atau dua tahun asasi. Tiket mudah dan cepat.
#PERKARA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG ASASI
- Jika anda mengambil asasi di universiti awam, tidak semestinya universiti tersebut akan membenarkan pelajar lepasan asasi untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree khususnya bagi bidang perubatan di universiti yang sama disebabkan oleh faktor had tempat yang ditawarkan serta permintaan yang tinggi oleh pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran di peringkat degree.
- Jika anda ingin memohon degree di universiti selain daripada universiti anda mengambil asasi kecuali pelajar asasi lepasan UITM dan UM, kebanyakan univesiti tidak menyediakan tempat untuk anda kerana mereka lebih mengutamakan tempat pengajian degree buat pelajar di tempat itu sahaja.
#PELUANG UNTUK ANDA MELANJUTKAN PELAJARAN
Kami mempunyai cadangan terbaik buat anda untuk menyambung pelajaran terutamanya dalam jurusan perubatan dengan mudah tanpa memerlukan Asasi Sains untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat degree dan melanjutkan pelajaran ke luar negara!
Daulah EduConsult Sdn.Bhd akan membantu anda untuk merealisasikan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree dengan hanya menggunakan keputusan SPM atau Asasi Sains anda untuk belajar ke luar negara. Dengan yuran pengajian yang berpatutan serta pilihan universiti-universiti yang terkenal dan menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan serta seperti Kursk State Medical University di Rusia yang menawarkan program ‘Pre-Medic’ atau Asasi Perubatan.
Dengan Daulah EduConsult Sdn.Bhd, anda bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara malah anda tidak perlu berebut tempat untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree kerana tempat untuk anda telah seratus peratus pasti!
Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai.
Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.