Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang bapa dari Thailand yang juga merupakan seorang jutawan durian, Anont Rotthong yang mencari pasangan hidup untuk anak perempuannya yang memiliki kelulusan dengan kepujian dari Assumption University dan ijazah sarjana dari Universiti Sun Yat-Sen di China.

Dia juga turut menawarkan ganjaran perkahwinan bersama anaknya selain menghadiahkan wang sejumlah RM1.28 juta (10 juta Baht) serta asetnya yang lain, dengan syarat calon menantu tersebut mesti tahu cara membeli dan memilih durian.

Dia yang menjalankan perniagaan di wilayah Chumphon di Selatan Thailand itu, turut menawarkan calon tersebut tidak perlu membayar apa-apa mas kahwin dan akan menguruskan segala-galanya termasuk kenderaan, sebuah rumah, serta dua pasar durian.

BACA JUGA :   KUNJUNGI TEMPAT MENARIK DI THAILAND KALI INI!

Baru dua hari selepas tawaran tersebut dihebahkan, Anont Rotthong telah membuat keputusan untuk membatalkan tawaran itu.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Facebooknya yang mengatakan dia tidak lagi melayan sebarang permohonan.

Semenjak berita tersebut viral, dia telah menerima lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon menantu kepada anak gadisnya.

Tambah beliau, telefonnya tidak henti-henti berdering sejak berita itu tersebar ke seluruh dunia dan meminta agar lelaki-lelaki di luar sana berhenti menelefon dan memberinya ruang.

Anont sekaligus telah membatalkan pertandingan yang telah dirancangnya tersebut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here