Marvel Studios telah melancarkan trailer terbaru Avengers: Endgame yang menampilkan lebih banyak aksi daripada seluruh ahli Avengers yang terselamat. Dalam trailer ini, Marvel Studios turut memaparkan Captain Marvel bersama ahli Avengers yang lain memakai kostum baru mereka yang berwarna putih.

Kehangatan filem ini semakin terasa! Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton filem ini serta menantikan kesudahan filem ini yang berdurasi selama 3 jam.

Kita dapat melihat kejutan demi kejutan yang muncul dalam trailer terbaru ini. Trailer ini membawa peminat Avengers ke masa lalu untuk mengimbas kembali kisah awal Iron Man di gurun Afganistan, perjuangan Captain America semasa Perang Dunia Kedua, serta kisah hubungan Thor bersama Odin.

BACA JUGA :   XX Ray III: Kelemahan Awal Yang Akan Spoilkan Filem?

Ia turut memaparkan keadaan serta situasi Avengers selepas kemusnahan Thanos dalam filem Infinity War yang kehilangan orang-orang yang tersayang.

Memori ini memberikan motivasi untuk mereka untuk ‘membalas dendam’ dan memperbetul kemusnahan yang dilakukan Thanos.

Kejutan terakhir yang ditunjukkan di akhir trailer adalah apabila Captain Marvel bertemu dengan Thor.

Sama-sama kita nantikan Avengers: Endgame ini pada 26 April depan dan saksikan kesudahannya!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here