Sekarang ni menjadi satu trend pula pakai alat-alat pergigian yang palsu dan murah. Dulu, tersohor dengan trend pasang dan pakai ’fake braces’ murah dari Instagram, sekarang ini muncul pulak trend terbaru, ‘fake veneer’.
Untuk pengetahuan anda, veneer merupakan sejenis prosedur yang bertujuan untuk membaiki gigi yang rosak (gigi berlubang atau gigi patah separuh), iaitu dengan menampal resin atau porcelain pada gigi tersebut.
Prosedur ini sememangnya dilakukan oleh doktor gigi yang bertauliah dan bukan senang-senang ya orang yang tiada kelulusan untuk menjalankan prosedur ini. Silap-silap, gigi ke mana, bahaya pula yang menanti pesakit gigi.
Sia-sia je nak rawat gigi, tapi makin rosak pula.
Menerusi perkongsian oleh dua orang doktor gigi di laman Twitter, Dr. Ib Shah dan Adam Ghazali, mereka telah mengupas mengenai bahaya dan risiko yang boleh dihadapi oleh seseorang yang memakai ‘fake veneer’ ini.
Nampak cantik ke tu pakai ‘fake veneer’ macam tu? Memang jelas nampak ‘fake’ dia tu, berbeza betul dengan warna gigi asal.
Adalah lebih baik kalau anda semua pergi dapatkan nasihat doktor gigi yang bertauliah di klinik kerajaan mahupun swasta berkenaan masalah gigi ini. Bak kata orang, jangan sengaja menempah maut. Dari nak gigi lawa, terus hilang gigi kena cabut.
JADI DOKTOR GIGI BERTAULIAH BERSAMA DAULAH EDUCONSULT
Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.
PILIH DESTINASI DAN DAFTAR SEKARANG!
Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.