Belajar di luar negara memang seronok sebab dapat menimba pengalaman baru. Lagi seronok sebab banyak perkara baru yang anda akan dapat.

Maklumlah di negara luar banyak benda baru yang anda akan dapat dan pelajari. Anda yang berminat untuk belajar di luar negara harus bersedia daripada segi dan mental. Ini penting kerana anda belajar jauh daripada tempat kebiasaan anda.

Image result for overseas

Artikel kali ini adalah checklist things to bring/do untuk persediaan pelajar yang masih tidak pasti barang yang perlu dibawa dan tidak perlu.

Things to do/Things to bring

1) Pakaian

  •   Kuantiti – Bergantung kepada individu sendiri. Jika anda cepat merasa bosan dengan baju yang sama, Malas untuk basuh baju, Malas hendak ke dobi dan sebagainya anda perlu bawa lebih.
  •  Jenis pakaian – Pakaian untuk keluar dan ke kelas, pakaian formal (Untuk kegunaan majlis-majlis rasmi) pakaian harian (Untuk duduk di rumah/asrama) dan pakaian musim sejuk. *Pakaian musim sejuk extreme digalakkan beli di Rusia sahaja.
  •  Pakaian Shopping – Boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja. Buat anda yang gemar membeli-belah barang berjenama, anda boleh shopping di “Discount Centres” terdapat jenama-jenama terkemuka seperti Nike, Reebok, Adidas dan sebagainya dengan tawaran harga yang sangat murah. Lebih-lebih lagi pada Winter Sale yang bermula pada bulan Disember.
  •  Ciri pakaian – Menutup aurat, tidak ketat, tidak singkat dan tidak jarang. (Dengan mematuhi garis panduan pemakian islam, anda boleh solat di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi semasa kelas ataupun di pusat membeli-belah dan sebagainya tanpa memerlukan pakaian solat buat kaum wanita).
BACA JUGA :   Nak Sambung Belajar Luar Negara? Gunakan Khidmat Daulah Educonsult!

 

2) Dokumentasi

  •  Gambar – Anda digalakkan membawa minimum 20 keping gambar passport size and non-glossy untuk kegunaan urusan-urusan seperti di universiti, tajaan dan sebagainya. *Non-glossy diperlukan kerana kertasnya lebih kesat dan sebarang cop yang dicopkan di atas gambar tidak mudah tertanggal.
  •  Sijil-Sijil – Anda digalakkan membawa sijil-sijil yang berkaitan dengan akademik untuk kengunaan urusan-urusan seperti permohonan biasiswa dan lain-lain.

 

 3) Urusan Bank

  •   Akaun Bank – Pelajar digalakkan mengaktifkan akaun Maybank untuk pengeluaran wang anda dimana-mana ATM di luar negara
  •  Kad ATM Maybank – Selepas akaun bank anda sudah diaktifkan, 1) Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia 2) Pada screen, tekan “other options” sehingga anda jumpa “Menu” <Plus Activation> 3) “Aktifkan” dan kod bank anda akan sedia digunakkan di mana-mana mesin ATM di seluruh dunia.

 

 4) Ubat-ubatan & Kesihatan

878852718

Sekiranya anda mengidap penyakit-penyakit kronik seperti asma, migraine, alahan dan lain-lain, anda perlu rujuk pada doktor untuk mendapatkan nasihat terakhir sebelum berlepas. Dapatkan bekalan ubat yang secukupnya dan pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberi oleh doktor agar mudah untuk anda membelinya disana nanti.

 

5) Peralatan Elektrik

  •   Periuk nasi elektrik adalah antara perkara paling penting untuk dibawa. Lebih mudah jika anda berpakat dengan beberapa kawan anda untuk kongsi bersama.
  •  Adpter paling penting disana, plugnya dua pin dan tidak sama seperti barang-barang elektrik yang dijual di Malaysia.

 

6) Makanan

Antara makanan-makanan yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk memilih makanan yang hendak dibawa ke sana nanti adalah:

  • Perencah nasi goreng
  • Ikan bilis
  • Santan serbuk
  • Serbuk cili/cili kering
  • Serbuk rempah kari, sup, tomyam dan sebagainya
  • Asam Jawa & Asam Keping (Di Rusia tiada)
  • Kicap & Sos Cili (Sos dibungkus dalam plastik, Kicap diisi dalam botol plastik untuk mengurangkan berat luggage).
  • Cili api, daun kari, daun pandan, daun limau purut dan serai (Patikan tidak lembab, disimpan dalam bungkusan yang kemas, selepas tiba disana perlu disimpan di ruang beku peti supaya tahan lama
BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Perubatan Di Indonesia Sesi 2021.

 7) Alatan pembelajaran

  •   Sebagai permulaan, anda digalakkan membawa alat tulis asas. Sediakan juga buku catatan.
  •  Buku teks akan disediakan oleh pihak universiti.

 

SAMBUNG BELAJAR DENGAN DAULAH EDUCONSULT SEKARANG!

Image result for daulah educonsult

 

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran di luar negara.

Peluang Sambung Belajar di Luar Negara, Memang Terbaik Daulah Educonsult ni!

Xde2cfer o

Kalau anda nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian ke luar ngara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Berminat?

Kekzqlj5 o

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here