Belajar di luar negara adalah salah suatu pengalaman yang berharga pernah terjadi dalam hidup anda. Pasti ramai yang tidak mempunyai kekuatan untuk menyambung pengajian di sana. Namun begitu anda perlu ketahui terdapat banyak kelebihan jika menyambung pengajian di sana.

Kali ini kita akan terokai tentang kelebihan jika menyambung pengajian ke Mesir. Jika anda ingin ke Mesir, ini antara fakta yang menarik jika anda sudah memasang impian untuk ke sana.

#1. KUASAI BAHASA ASING

Belajar sesuatu bahasa yang asing bukanlah perkara yang mudah namun begitu idak juga mustahil. Terdapat banyak kelebihan jika anda menguasai sesuatu bahasa asing seperti Bahasa Arab. Kebiasaannya, kebanyakkan universiti menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.

Namun jika anda menyambung pengajian ke negara arab, peluang untuk mempelajari bahasa arab sangat luas disamping masyarakat tempatan di sana sangat mudah mesra. Tunggu apa lagi, rebut peluang untuk mempelajari bahasa syurga ini.

#2. PENGANGKUTAN AWAM

Benarlah kata orang terdahulu bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan. Bas merupakan pengangkutam awam yang utama bagi penduduk tempatan serta pelajar di sini. Ini bagi memudahkan orang ramai untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!

Bagi pelajar Malaysia, mereka lebih gemar menggunakan pengangkutan seperti tremko atau lebih dikenali sebagai minibus. Ianya sangat popular di Mesir. Tremko antara pengangukutan yang menghadkan penumpang dalam suatu masa tertentu. Penumpang akan mendapat tempat duduk masing-masing tanpa perlu berdiri.

Kini, pengangkutan awam telah dinaiktaraf oleh kerajaan kerana permintaan penggunaan bawa awam makin meningkat saban tahun. Sekitar tahun 2010, penyediaan bas awam semakin bertambah dan dinaiktaraf daripada bas awam berwarna hijau ke warna merah. Turut juga memperkenalkan bawa awam berwarna biru kepada orang ramai.

#3. TINGGALAN SEJARAH

Tidak dinafikan bahawa Mesir mempunyai banyak lokasi tinggalan sejarah. Jika diteliti, Mesir antara negara yang menyimpan lebih daripada 10 kota tinggalan sejarah Islam. Terdapat juga banyak kisah yang berkaitan dengan Al-Quran dan telah banyak meninggalkan banyak tinggalan.

#4. MATA WANG

Bagi pelajar yang menyambung pengajian ke sini pastinya dapat menarik nafas lega kerana mata wang yang digunakan agak rendah dengan Ringgit Malaysia (RM). Mata wang Mesir adalah Egyptian Pounds di mana mata wang mereka dua kali ganda lebih murah berbanding RM.

BACA JUGA :   Jom Belajar Bahasa Arab di Timur Tengah

Terdapat banyak lagi kelebihan yang anda boleh dapati jika menyambung pengajian ke Mesir. Jadi jangan sia-siakan peluang ini dengan menyambung pengajian ke Mesir.

BERMINAT UNTUK BELAJAR DI MESIR?

Berita baik buat anda, Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang membawa pelajar ke luar negara dan boleh dipercayai. Daulah Educonsult bukanlah asing bagi pelajar yang menyambung pengajian ke sana.

Terdapat banyak bidang yang ditawarkan oleh pihak Daulah Educonsult antaranya pengajian Islam, Perubatan, Veterinar, Pergigian, pra-perubatan dan banyak lagi. Bagi anda yang berminat untuk ketahui lebih lanjut, daftar dengan kami di sini. Pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda dalam kadar yang segera.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here