Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.28 pagi Jumaat.

Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang. Kilang tersebut dipercayai salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi, pada Jumaat.

 

“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.

“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

BACA JUGA :   Sultan Johor Dapat Hadiah Kereta Flintstone Daripada Pemangku Raja Pahang

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

 

Dua warga tempatan mengalami kecederaan dalam insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata kedua-dua mangsa berkenaan ketika ini dirawat di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid Pengerang sebagai pesakit luar.

“Pihak kami menerima laporan pada 1.20 pagi berhubung insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek.

 

“Pasukan Emergency Respon Team (ERT) Petronas Rapid Pengerang telah diaktifkan ke lokasi kejadian melibatkan lima kenderaan Bomba dengan kekuatan 30 anggota dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 2.15 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

BACA JUGA :   Isu Skandal Rasuah Melibatkan MB Johor, Ini Respon Khaled Nordin

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian akan dilakukan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial (JAKSAS) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan keselamatan Petronas Rapid Pengerang.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here