Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 14 hingga 21 tahun tanpa mengira latar belakang pendidikan. Disiplin dan keinginan yang tinggi untuk belajar merupakan perkara yang paling diutamakan.
Madrasah Daulah adalah sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing sekumpulan para-para pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar), Mesir, yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.
Program-program yang dirangkakan di dalam Madrasah Daulah (MD) adalah bermatlamat untuk membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh sebagai seorang ‘Al-Azhari’ bagi setiap pelajar yang berada dibawah bimbingannya.
Madrasah Daulah (MD) akan menekankan dan menumpukan perhatian yang serius terhadap para pelajarnya di dalam beberapa aspek, melalui pengisian-pengisian yang telah disusun, antaranya adalah ;
- Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.
- Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.
- Hafazan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.
- Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.

MAAHAD BUUTH AL-AZHAR
Maahad Buuth Al-Azhar adalah sekolah antarabangsa di bawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff, yang menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu-ilmu agama dan memasuki Universiti Al-Azhar Asy-Syariff, walaupun tidak mempunyai apa-apa sijil kelayakan akademik (seperti PT3, SPM, STAM dll). Seawal usia 14 tahun, seseorang sudah boleh mendaftar ke maahad tersebut dan mula belajar disana.
Maahad ini dibangunkan diatas dasar kebajikan dan membantu sesiapa sahaja, samada yang berkemampuan ataupun tidak, bagi memperoleh pendidikan agama yang sepatutnya. Para pelajar secara asasnya hanya membayar keperluan-keperluannya di dalam pembelajaran seperti proses-proses pendaftaran, membeli kitab-kitab, membuat kad pelajar dan seumpamanya, adapun yuran pengajiannya adalah percuma.
Lokasi Maahad Buuth Al-Azhar terletak tidak jauh daripada Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), yang merupakan pejabat Education Malaysia Egypt (EME) dan penempatan bagi sebahagian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. Juga, ia turut berdekatan dengan Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar yang terletak 3-5 minit dari situ, di Darrasah, Kaherah.
STRUKTUR PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM MADRASAH DAULAH
Semasa di Madrasah Daulah :
- Pelajar akan membuat persediaan dahulu dan mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran,Talaqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain sebelum mengikuti ujian bagi kemasukan ke Maahad Buuth.
Tempoh masa pengajian bergantung kepada tahap penguasaan pelajar.
- Paling awal adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun sebelum ke University Al-Azhar. Anggaran masa bagi nama naik bagi menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth adalah 1 ke 2 tahun bergantung penguasaan pelajar. Pendaftaran awal bagi menduduki ujian akan dibuat awal semasa tiba di Mesir.
Susulan bagi ujian kemasukan tersebut;
- Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan terus ke peringkat Maahad Buuth iaitu peringkat sekolah menengah
- Pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik akan memasuki Dirossah Khossah iaitu pra menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap. Begantung kepada tahap penguasaan.
Pendaftaran ke Program Madrasah Daulah (Mesir) Sesi Mac & April 2019 Kini Dibuka
Anda berimpian untuk mempelajari pengajian agama di universiti terunggul di bumi Mesir iaitu Universiti Al-Azhar? Kini anda boleh memohon tanpa menggunakan keputusan SPM mahupun STAM.
Melalui program Madrasah Daulah, anda akan dibantu untuk memasuki Maahad Buuth (Sekolah Menengah Al-Azhar) seterusnya ke Universiti Al-Azhar.
Madrasah Daulah terbuka kepada pelajar lelaki atau perempuan berumur 14 tahun hingga 21 tahun yang mempunyai azam yang tinggi untuk belajar bidang agama dengan lebih mendalam.
Program ini diuruskan oleh pihak Daulah Educonsult di Kaherah Mesir.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program Madrasah Daulah :
Anda boleh layari atau klik di link ini >> https://daulahmedic.com/2019/01/22/program-madrasah-daulah/
Sekiranya anda berminat, boleh membuat pra-pendaftaran Program Madrasah Daulah di :
<< https://goo.gl/c4UnMe >>
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi :
Customer service: (https://wa.me/60189624322 )
Tuan Syed Fuad: (https://wa.me/0132090322)
Pejabat : 03-92851322
Alamat pejabat:
No1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima , Kuala Lumpur.
Website Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/