Sebuah air terjun di Knaresborough yang terletak di England mampu membuatkan objek yang terkena air nya menjadi seperti batu.

Tempat ini dibuka untuk orang ramai pada tahun 1630, waktu itu ramai pengunjung merasakan tempat ini menakjubkan kerana sifat nya yang mampu menjadikan objek objek yang diletakan menjadi seolah olah batu. Malah terdapat rekod yang mengatakan tempat ini sudah dikunjungi sejak tahun 1500 lagi.

Tempat ini juga dikenali sebagai Mother’s shipton, bersempena seorang pelacur yang melahirkan bayi nya didalam gua ini. Shipton dikatakan mampu membuat ubat dan juga meramal masa depan.

Kisah seperti ini kita dapat lihat dalam mitos Greek, Medusa yang berkepala ular menukarkan sesiapa sahaja menjadi batu jika melihat matanya.

BACA JUGA :   Seret Anjing Di Belakang Kereta, Lelaki Ditahan

Tetapi dalam hal ini air yang menjadikan objek tersebut keras seperti batu dalam masa beberapa minggu sahaja. Objek seperti patung beruang, kendi malah basikal di letakkan sebagai daya penarik di tempat itu. Dahulunya tempat ini digeruni kerana dikatakan air terjun ini disumpah oleh ahli sihir.

Pernah tak tengok air di gua? Air yang menitis secara perlahan lahan sehingga menjadi batu atau lebih dikenali sebagai Stalactite dan Stalagmite. Tempat ini merupakan antara salah satu fenomena geologi yang terdapat di dunia.

Sebenarnya proses di air terjun ini sama sahaja cuma komposisi airnya yang mengandungi mineral ( Calcium Carbonate) yang tinggi dan menyebabkan objek tersebut menjadi keras seperti batu dalam masa yang singkat. Kebiasaanya proses ini mengambil masa beribu tahun di dalam gua batu

BACA JUGA :   Solo Travel: A Journey of Self-Discovery

Objek yang besar akan mengambil masa sehingga satu tahun untuk bertukar menjadi seperti batu, manakala objek kecil seperti paku hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here