Related image

Bagi para pelajar yang mempunyai minat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, para pelajar masih boleh mengikuti program pengajian persediaan (Matrikulasi) di Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar yang menyediakan pengajian pra kelayakan Universiti Al-Azhar dua (2) peringkat iaitu tahap menengah rendah (I’dadi) dan peringkat menengah tinggi (Thanawi).

MA’AHAD BUUTH ISLAMIYYAH AL-AZHAR

Disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Dewan Senat, Universiti Al-Azhar. Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Manakala yuran lain dan gaji guru ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Kebajikan, Universiti Al-Azhar.

Ma’ahad Buuth Islamiyyah Al-Azhar ini terletak di Abbasiyyah, Kaherah, Mesir. Lokasinya lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar (jika menaiki kenderaan). Selain itu, maahad juga berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah (DMAK) ataupun dikenali sebagai ARMA yang diurus sepenuhnya oleh pihak Kedutaan Malaysia.

Bagi permohonan masuk ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar, tiada syarat kelayakan yang dikhususkan oleh pihak Universiti Al-Azhar kepada para pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke maahad tersebut tetapi perlu melepasi proses permohonan yang ditetapkan . proses ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar adalah seperti berikut :

• Berumur 14-21 tahun.
• Lelaki dan perempuan.
• Minat dalam bidang agama Islam.
• Belajar bersungguh-sungguh

Image result for maahad buuth daulah medic

DIRASAH KHASSAH (KELAS PERSEDIAAN)

Kelas Persediaan sebelum ke Maahad Buuth tidak terikat dengan masa yang tertentu, mengikut kebolehan dan kecekapan seseorang pelajar dalam temuduga khas yang dijalankan oleh pihak Maahad. Peringkat perlajaran ini menetapkan agar para pelajarnya menghafal sekurang – kurangnya tiga (3) juzu’ al Quran bermula Juz 28, 29 dan 30.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Bidang Perubatan di Kursk State Medical University.

Peringkat Pengajian Dirassah Khassah terbahagi kepada tiga :

  1. Mustawa Awwal
  2. Mustawa Thani
  3. Mustawa Thalith

Kebaikan memasuki Kelas pengajian Dirasah Khassah, anda akan diberikan peluang merasai gambaran pengajian di peringkat I’dadi sebelum memasuki peperiksaan Imtihan Qabul yang akan diadakan sekitar bulan September hingga Disember (tempoh pendaftaran bagi pelajar baru). Kebiasaannya, bagi pelajar yang sudah berpengalaman di peringkat ini akan mampu menjimatkan tempoh sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun di peringkat I’dadi kerana akan diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan tahdid mustawa (lompat kelas) ke peingkat yang lebih tinggi mengikut tahap kemampuan masing – masing.

Tempoh pengajian di peringkat ini tidak terikat dengan suatu tempoh yang ditetapkan bergantung kepada tarikh Ujian Kelayakan (imtihan qabul) ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

I’DADI (TAHAP MENENGAH RENDAH)

Pengajian di peringkat ini sangat luas termasuk pembelajaran subjek akademik seperti Matematik, Geografi dan sebagainya. Bahasa pengantar pembelajaran menggunakan bahasa utama, Bahasa Arab. Oleh sebab itu, para pelajar (luar Mesir) yang memegang Sijil Pengajian Buuth akan diberikan peluang sambung pengajian ke peringkat Kuliyyah dengan pengkhususan yang lebih besar daripada pemegang sijil STAM atau sebagainya termasuk kejuruteraan dan sebagainya.

BACA JUGA :   Prototaip Kereta Terbang Malaysia Pertama!

Peringkat Pengajian I’dadi terbahagi kepada tiga :

  1. I’dadi Awwal
  2. I’dadi Thani
  3. I’dadi Thalith

THANAWI (TAHAP MENENGAH ATAS)

Pengajian di peringkat ini lebih khusus kepada mata pelajaran Ad Diniah (agama). Para pelajar didedahkan dengan asas pengajian di peringkat Universiti Al-Azhar. Kebiasaannya, para pelajar yang Berjaya melepasi peringkat Thanawi di Maahad Buuth Islamiyyah akan mampu menempa kejayaan di peringkat kuliyyah kerana mereka sudah biasa dengan mata pelajaran asasi dan memahami teknik pembelajaran bersama para masyayeikh Azhar.

Peringkat Pengajian Thanawi terbahagi kepada tiga :

  1. Thanawi Awwal
  2. Thanawi Thani
  3. Thanawi Thalith

Image result for maahad buuth daulah medic

►Keistimewaan

Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,

  • Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
  • Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
  • Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
  • Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
  • Tiada had umur. Bermula dari 14 tahun sehingga 21.
  • Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
  • Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.

Jika anda berminat dan ingin merealisasikan cita-cita anda untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Daulah, anda boleh mengisi borang di Google Form.

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah. Anda juga boleh menghubungi pihak Madrasah Daulah secara langsung di sini  (018-9624322).

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here