Home Trending Operasi cari Mohammad Ashraf kini di sekitar, dalam Gua Tempurung

Operasi cari Mohammad Ashraf kini di sekitar, dalam Gua Tempurung

971
0

GOPENG, 4 April 2019 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menjelaskan pihaknya telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kesemua laluan trek Gopeng Ultra Trail 2019 termasuk kategori 50 kilometer (km) dan 100 km dalam usaha mencari seorang pesertanya, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Ketua Zon 1 JBPM Perak, Mohd. Khairul Jamil berkata, pihaknya turut melakukan pencarian di luar kawasan kesemua trek berkenaan merangkumi 24 km persegi dan enam km persegi laluan balak di Hutan Simpan Bukit Kinta.

“Operasi yang dijalankan tiga kumpulan melibatkan 30 anggota JBPM hari ini telah merangkumi kesemua laluan trek termasuk beberapa kawasan di luar trek merangkumi hutan berpaya dan resam iaitu kawasan tanaman pokok renek.

Acap.. Balik Cap.. Mak Kat Sini

Posted by Denny Lang on Ahad, 31 Mac 2019

“Selain itu, kita juga telah melakukan operasi mencari di kawasan laluan balak yang berhampiran dengan trek laluan 100 km dengan bantuan dua anggota polis bersenjata disebabkan kawasan tersebut merupakan laluan binatang buas,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Bomba di Kampung Padang Pintu di sini hari ini.

Tambahnya, walaupun kesemua laluan tersebut termasuk kawasan luar trek dan laluan balak, pihaknya belum berhasil menemui petunjuk baru dalam mengesan mangsa.

“Di samping itu, kita turut melakukan operasi mencari mangsa di sekitar Gua Tempurung termasuk melakukan tinjauan awal dan pemetaan di dalam gua tersebut.

“Untuk operasi esok, kita akan mengecilkan skop operasi dengan tumpuan diberikan di Gua Tempurung. Kita akan berjumpa dengan pihak pengurusan Gua Tempurung bagi melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam gua tersebut.

“Ini kerana kita tidak menolak kemungkinan mangsa masuk ke Gua Tempurung melalui laluan lain” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman ketika ditemui berkata, tujuh pegawai daripada jabatannya hari ini akan turut serta dalam operasi SAR berkenaan dengan melakukan tinjauan di sepanjang laluan trek.

Katanya, pihak polis juga akan memikirkan sebarang bantuan yang boleh diberikan kepada pasukan SAR dalam usaha mencari mangsa.

“Siasatan yang dijalankan polis setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Selain itu, kita ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran pemberian ganjaran yang akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpai mangsa,” katanya.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

error: Content is protected !!